Tuesday, July 20, 2010

Format Laporan Praktikum

Salam semua,

Sudah banyak respond yang saya terima berkenaan dengan penulisan laporan praktikum. Apakah yang mahu ditulis oleh saudara sekalian. Bagaimana bentuk laporan yang hendak dibuat dan macam2 lagi persoalan. Macam saya katakan dulu dari segi format tak banyak berubah. Namun saya berpendapat perlu ada sedikit pengubahsuaian ke atas format sedia ada supaya dapat berlaku adil kepada semua. Ini kerana tidak semua di kalangan anda dapat mencari bahan kerana kekangan kemudahan internet dan perpusatakaan khususnya untuk menyiapkan bahagian ulasan karya.

Sehubungan dengan itu saya cuba ubahsuai sedikit laporan tersebut dengan mengambil pertimbangan di atas kekangan saudara sekalian hadapi. Berikut saya turunkan format yang harus anda ikuti:

(Mengikut Bab)

1. Pendahuluan
1.1 Pendahuluan
1.2 Permasalahan Kajian
1.3 Objektif kajian
1.4 Skop Kajian
1.5 Metodologi kajian
1.6 Kepentingan kajian
1.7 Kesimpulan

2. Latar belakang organisasi dan Konsep kajian
2.1 Pendahuluan
2.2 Latar belakang organisasi
2.3 Konsep kajian
2.4 Kesimpulan

3. Analisis Kajian (perbincangan subjek yang dikaji) cth: Masalah pengurusan sampah di kawasan X.
3.1 Pendahuluan
3.2 Masalah pekerja
3.3 Masalah logistik
3.4 Masalah kewangan
3.5 Masalah teknologi
3.6 Masalah lain2.

4. Rumusan dan Implikasi kajian
4.1 Pendahuluan
4.2 Rumusan kajian
4.3 Implikasi kajian
4.4 Cadangan kajian
4.5 Kesimpulan

Saya mohon supaya anda semua akan mengikuti format yang saya berikan di atas. Apa yang membezakan format ini dengan format sedia ada ialah, format ini tidak membincangkan ulasan karya. Justeru itu, kajian anda semua akan lebih bersifat exploratory (penerokaan) biarpun pada hakikatnya sudah banyak kajian yang telah dilakukan berkenaan dengan tajuk yang anda pilih. Namun bagi tujuan meringankan beban saudara semua, saya berikan format ini sebagai panduan.

Harus saya beri peringatan bahawa format ini hanya untuk pelajar di bawah seliaan saya sahaja. JANGAN diberi kepada pelajar-pelajar lain. Ini kerana mereka akan bergantung kepada penyelia masing2 bagaimana bentuk format yang harus dipatuhi.

Saya sarankan supaya anda semua menghantar cadangan penyelidikan yang hendak dibuat supaya sempat dibaiki sebelum anda mula menyusun perbincangan.

Salam jumpa lagi. terima kasih.

Sunday, July 11, 2010

praktikum ke mana...

Apa khabar semua..pertama saya menghulurkan rasa simpati kat hidayat kerana masalah di tempat praktikum. Harap semua dah OK. Saya pun tak sangka bagaimana masalah macam tu boleh timbul. Saya tak ada kuasa dari segi penempatan pelajar. Tapi tak mengapa kuatkan semangat dan pastikan praktikum dapat diselesaikan.

Banyak info yang dah saya terima dari rakan-rakan anda tentang praktikum. Masing-masing ada cerita dan masalah. Apa yang saya bimbang ni terdapat rakan anda yang langsung tak tahu khabar berita. Yang ada ni pu hanya dua tiga kerat sahaja..yang selebihnya tak tahu ke mana. Apa dah siap ke?

Baiklah sekarang ni persoalan yang panas berkenaan dengan tajuk praktikum. Saya cadangkan elok kamu buat aje apa yang ada di depan mata. Tak payah nak buat tajuk yang hebat-hebat. Kalau yang paling senang tu hanya ceritakan apa yang majikan kamu buat. Maksudnya apa perniagaan atau 'core business' yang diaorang buat. Tak payah susah buat tajuk sendiri tapi bila sampai kat sana tak ada bahanpun mengenai hal itu.

Insyallah dalam masa terdekat ni saya akan berikan format untuk penulisan laporan. Tak banyak beza dengan yang lama. Tapi saya yakin ia tidak menyusahkan anda untuk menyiapkannya. Ok saya akan tulis lagi beberapa perkara. Buat masa ni saya agak sibuk dengan persediaan kelas yang baru aje bermula. Sebelum tu sesiapa yang access dengan blog ni rajin-rajinlah untuk beri komen tak kisahlah komen apa kat entry blog ni..bukan apa kadang-kadang tu saya perlukan komen dari anda untuk saya beri pendapat...

Salam, jumpa lagi.

Friday, June 18, 2010

Tajuk praktikum???

Dah ramai yang bertanyakan pasal macam mana nak buat laporan praktikum. Sebenarnya format tu memang dah ada dalam buku panduan praktikum. Berdasarkan kepada pengalaman lalu, saya memang berhasrat untuk membuat sedikit pengubahsuaian kepada format sedia ada. Format lalu memang agak berat untuk diikuti oleh setiap pelajar. Kalau diikutkan semuanya maka laporan nampak macam separuh masak. Tapi saya tak ada pilihan. Jadi kena pastikan semua orang ikut format tersebut. Hasilnya semua laporan tu nampak macam tak sempurna. Nak dikatakan latihan ilmiah bukan latihan ilmiah, nak dikatakan laporan praktikum nampak macam bukan laporan praktikum. Jadi serba salah dibuatnya.

Pasal format ni, saya lebih suka berterus terang. Masa masih awal untuk saya tetapkan format yang sebenar. Apa yang perlu saudara saudari buat sekarang ni settle down dulu dengan tempat kerja. Maksud saya sesuaikan diri dulu. Itu lebih penting. Jangan jadi terlalu sibuk nak siapkan laporan praktikum. Akhirnya nanti laporan majikan terhadap kamu akan jadi teruk. Ini dah banyak kali berlaku. Banyak majikan komplen student tak buat praktikum sebaliknya lebih berminat nak siapkan laporan praktikum. Saya tak mahu perkara ini berulang kembali.

Buat masa sekarang, lebih baik anda kenal pasti apa benda yang kamu nampak nak buat. Saya tahu ramai yang tak dapat kenal pasti apa benda yang sebenarnya nak dibuat. Apa topiknya? Itu satu persoalan besar bagi kamu semua. Ok, saya bagi panduan bagaimana nak pilih topik. Nak pilih topik ni banyak cara kita boleh lakukan. Tapi yang paling mudah ialah: 1. Pilih topik yang mana bahan yang boleh diperolehi dalam kuantiti yang banyak dan mudah didapati; kedua, pilih satu fenomena/perkara yang menurut kamu menjadi masalah di tempat kamu berpraktikum. Jadi di sini, untuk memilih topik bukanlah berdasarkan kepada apa perkara yang kamu minat. Minat sahaja tak cukup kalau bahan yang nak kamu tulis tak mencukupi..

Laporan praktikum yang lepas, terdapat pelajar yang membuat laporan macam buat research. Entah di mana dia tiru format tu tak saya ketahui. Buat masa sekarang, saya lebih suka kamu kumpulkan bahan-bahan untuk penulisan laporan kamu nanti. Kita buat laporan praktikum ni macam kita buat filem. Kita ambil shoot di mana-mana kita suka kemudian di akhir nanti kita cantumkan jadikan ia sebuah filem. Macam jugak kita siapkan jigsaw puzzle. Kita kumpul dan kita cantumkan menjadi gambar yang sebenarnya. Faham tak nak main jigsaw puzzle? Ada yang tak tahu jigsaw puzzle?

Ok, buat masa ni, saya mintak kamu semua kumpulkan semua bahan mengenai organisasi masing-masing. Misalnya latar belakang organisasi, visi, objektif organisasi dan bla..bla..Selepas ni saya bagi tau apa yang perlu dibuat. Sebelum tu, saya jugak minta anda semua buat jadual perancangan kerja. Saya rasa semua orang dah diberitahu pasal jadual perancangan kerja ni. Ini penting supaya kamu tidak terbabas untuk menyiapkan laporan praktikum nanti.

Lagi satu, dapat kirannya semua orang menghantar email kepada saya melaporkan status masing-masing. Memang dah ada beberapa orang rakan kamu yang telahpun menghantar sms memberitahu status masing-masing. Terima kasih. Saya sekarang sedang mengemaskini data-data mengenai diri kamu semua. Tapi berikanlah sedikit masa untuk saya sempurnakan kerja-kerja tersebut. Sekarang saya agak sibuk untuk menyiapkan kertas kerja program BDM yang baru serta persiapan menyambut pelajar-pelajar junior yang akan masuk pada awal Julai nanti.

Salam jumpa lagi...selamat maju jaya

Sunday, May 30, 2010

Esok Berpraktikum!!

Selamat memulakan misi praktikum anda. Itu mesej yang paling baik menyambut 1 Jun 2010. Aku harapkan saudara saudari sudah bersedia di atas pilihan anda sendiri. Esok 1 Jun, anda akan memulakan latihan praktikum sebagaimana yang telah dilakukan oleh senior terdahulu..

Praktikum ni bukanlah baru dah lama wujud..tak timbul soal tak sesuai, gugup, pelik atau hairan..semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Lebih penting semua ini berlaku kerana anda yang telah membuat pilihan untuk melakukan praktikum. Tak ada siapapun yang paksa. Kalau ikutkan aku lebih suka dengan latihan ilmiah sebab senang nak monitor dan memberi tunjuk ajar. Tapi macam manapun praktikum ada kelebihan sendiri berbanding latihan ilmiah...

Harap dengan kelebihan praktikum ini..kamu semua akan mendapat latihan yang terbaik. Belajar bagaimana nak buat kerja, mematuhi arahan, berdisiplin, mengenal orang sekeliling, berorganisasi, berintegriti dan banyak lagi. Masa ni yang paling baik untuk membebaskan diri dari sifat keanak-anakan, tipikal students U dan semborono alam remaja. Belajar untuk kosongkan minda dan bebaskan diri dari sebarang perasaan tak senonoh. Harus bersiap sedia dengan persiapan minda yang sihat, berlapang dada dan fokus untuk melakukan praktikum..

Macam manapun dengan keadaan apa sekalipun, kamu semua kena jaga diri baik dalam kerangka masih sebagai pelajar UUM. Sabar untuk empat bulan ni. Kena jaga nama dan maruah UUM biarpun anda dah mula rasa kesal kerana jadi pelajar UUM. Itupun semua kerana pilihan anda satu masa dulu. Sekarang bukan lagi masa untuk menutup kesilapan anda dengan mengata-gata UUM di khalayak baru di mana tempat anda berpraktikum. Aku tau dulu pernah terjadi ada pelajar praktikum yang menyalahkan UUM hanya untuk membela kelemahan diri sendiri di hadapan majikan. Pesan saya tak payahlah buat macam tu. Jangan digigit tangan orang yang pernah menghulurkan tongkat ketika anda sukar berdiri..dan jangan digigit tangan orang yang memberikan susu di kala anda dahaga...

Apa yang perlu anda buat sekarang ialah: Pergi lapor diri sebagai pelajar praktikum. Jangan berdalih lagi. Siapkan diri di tahap terbaik. Tunjukkan kepada dunia di sana bahawa anda adalah pelajar terbaik dari UUM yang datang untuk melakukan praktikum. Tak perlu ada rasa rendah diri, tak perlu ada rasa curiga dengan kemampuan diri, tak perlu ada rasa gelabah kerana kekurangan diri..ketepikan pemikiran sebegitu..sekarang semuanya baru..kredibiliti, imej dan keterampilan diri kamu semuanya sedang dibina-di tempat baru. Jadi gunalah kesempatan ini dengan sebaiknya..bina diri dengan memupuk keyakinan, imej dan kredibiliti baru dengan melakukan semua itu dari sekarang....

Aku akan memerhatikan anda sekalian..kita bermula dengan kosong..kejayaan praktikum saudara saudari adalah ditapak tangan masing-masing. Aku akan cuba membantu dengan sedaya upaya..SELAMAT BERPRAKTIKUM...

Wednesday, May 26, 2010

Empat hari lagi berpraktikum...

Kini  hanya empat hari lagi untuk memulakan tugas sebagai pelajar praktikum di organisasi masing-masing. Dalam tempoh empat hari ni apa yang perlu kita lakukan. Ada yang sibuk mencari kasut, baju atau beg baru untuk dipakai. Ada yang masih menggunakan stok lama. Maklum le baru aje abis sem..so boleh guna lagi.

Bagaimana perasaan anda? gembira, berdebar, tak sabar..macam2 perasaan. Empat hari lagi anda akan melalui perasaan baru. Perasaan orang berkerja. Dulu saya biasa dengar students kata nak kerja cepat coz jadi student ni boring. Ok sekarang sudah sampai masa untuk anda berkerja..rasakan bagaimana nikmatnya...

Elok dalam masa empat hari siapkan minda dan perasaan di tahap yang terbaik. Mesti berlapang dada dengan tempat baru ni. Kosongkan minda dan buang jauh-jauh tanggapan ataupun persepsi terhadap tempat praktikum. Mungkin sebelum ni kamu semua dah dengar serba sedikit tentang tempat praktikum ni tapi saya nasihatkan jangan ambil berat sangat. Lapor diri dan sesuaikan diri dengan persekitaran baru..lebih cepat lebih baik.

Buat masa sekarang tak banyak yang saya boleh katakan. Tunggulah..sampai masa saya bagi tau apa yang perlu dibuat. Sekarang pergi lapor diri dan hantar maklumat kepada saya menunjukkan kamu sudah melaporkan diri di tempat praktikum masing-masing. Awal bulan depan saya ke Riau, Indonesia untuk menghadiri seminar di sana, lepas tu insayaallah saya akan mulakan update blog sekerap mungkin dan ON kan YM..

Saya harap anda semua akan gembira dan seronok di tempat praktikum masing-masing...

Sunday, May 9, 2010

Merambu ke Pattani

..petang rabu dr mansor call..jom kita pegi Pattani katanya...Pattani? selamat ke? macam mana nak buat ni..tak apa khamis nak ambik passport kat bukit kayu hitam (BKH)..so boleh renew border pass...

..pagi jumaat pegi kelas PLK..hani ikut sama ke office..nak buat folio..lepas jumaat bawak hariz dan hannah makan kat pizza hut..kul 4 pegi alor star ambik dr mansor..jam 6 aku dah tiba di BKH...menunggu sahabat dari Pattani..

..ok lepas maghrib di BKH bermula perjalanan ke Pattani..aku dan dr mansor duduk di belakang kereta volvo 940GL, di depan saudara pok heng (ibrahim) dan pemandu saudara Shukor dari Bangkok..kereta di pandu agk laju...rasa bimbang gak..mungkin sekitar 140-150KM sejam...menuju ke Hatyai..sebelum sampai Hatyai membelok ke sebelah kanan..ke Pattani.

...suasana gelap di kiri kanan jalan..sepanjang jalan ni kereta kami terpaksa melalui 9 sekatan jalan raya..askar-askar thai menahan kereta untuk pemeriksaan...ok jam 10 mlm..aku agak aje..coz aku tak pakai jam..sempat menjeling jam di tangan dr mansor..kami sampai di Pattani..pok heng membawa kami ke tapak pembinaan di mana dia sedang membangunkan Pattani Place..shopping mall terbaru di Pattani...


...beberapa ketika di sana..aku diperkenalkan kepada dr yusof, pensyarah dari Prince Songkhla University (PSU)...selepas bersembang di situ..aku di bawa pusing-pusing di sekitar pekan Pattani...besar jugak..sibuk dan orang begitu ramai meraikan majlis apa aku tak pasti...aku di bawa ke kedai makan..malam tu aku makan nasi kerabu+air serai+laksam...memang sedap..satu rasa yang tak pernah aku jumpa...


...mlm tu aku dgn dr mansor tidur di cs pattani hotel..di bawa oleh dr yusof ke situ..hotel 3 bintang aku kira..tapi baik sekali..kemas dan teratur..selesa..cuma parking kereta agak jauh..untuk elakkan bom meletup dekat dengan hotel...kali pertama aku masuk hotel melalui laluan keselamatan..nak check bawak bom atau tidak..aku rasa le...

....esok pagi dr yusof dari psu membawa aku dan dr mansor ke psu..melawat beberapa fakulti..dr yusof baru aje berpindah ke pejabat barunya di situ..bangunan baru fakulti Islamic studies...cantik bangunan tu..tepi pantai..bila kita di tingkat 3..nampak laut membiru..nyaman sekali pandangan...kalau uum macam ni kan bagus...sepanjang di sana aku, dr mansor dan dr yusof berbincang mengenai beberapa perkara..dari soal Islmic movement, peace talk, students admission, study fund..mcm2 lagi...

..tengah hari aku dan dr mansor di bawa kembali berjumpa pok heng..pok heng sibuk sekali menguruskan kerja di tapak pembinaan projek beliau..bersama anak2nya..selepas itu aku di bawa pergi makan tengah hari...wah kali ni kami makan nasi sup...di tepi sebatang jalan..entah akupun tak tahu apa nama jalan tu...


...nasi sup? macam mana ye? ....kat warung nasi sup ni aku tengok begitu ramai pelanggan..masing2 datang dengan pick up bawa keluarga..rupa2nya diorang ni baru balik dari pertandingan suara burung...dihidangkan nasi bersama dengan sup daging+telur dadar+ulam...simple sekali...tapi sekali lagi rasanya tak pernah saya jumpa..tak sama dengan sup yang pernah aku makan kat alor star, jitra dan sintok... pelik ye ..diorang ni kreatif pasal masakan...memang sedap...aku nak ambik gambar tapi bateri phone dah habis pulak...

...ok petang jam 3..aku dan dr mansor berkira2 nak balik ke Malaysia..kali ini dr yusof menghantar kami pulang..aku terlalu mengantuk...mungkin malam tadi tidur lewat..bersembang dengan dr mansor pasal research, artikel, academic culture, kesihatan dan macam2 lagi..biasa le dgn orang tua nipun kena pandai layan gak...satu lagi mungkin aku dah kekenyangan...

...so dalam kereta menghala ke danok..sebahagiannya aku tidur..dr mansor kejutkan aku bila sampai ke Prik..tiba waktu sembahyang katanya...jam 6 petang aku sampai ke danok..dr yusof ajak minum..so aku makan pulak dengan dr mansor..orang tua ni memang kuat makan le..pulut+ayam panggang+daging panggang+teh o panas...kembali bertenaga...

...ok sampai ke BKH..ambik kereta..bayar parking RM12..then masuk Malaysia balik...ok..aku baru aje pulang dari Thailand...seronok jugak le...makan sedap, pemandangan cantik, orangnya peramah, tidur yang selesa..terima kasih pok heng, dr yusof, rakan2 di psu+drs development pattani place..kerna melayan aku dengan dr mansor begitu baik sekali... tiba-tiba aku perasan..ada rasa nyaman pulak kat sini...

Saturday, May 8, 2010

Minggu yang sibuk

Minggu ini aku masih kesibukan dengan kerja bermesyuarat, marking papers, menyiapkan kertas kerja, memeriksa laporan praktikum dan latihan ilmiah dan juga prepare kelas plk pada Jumaat ni. Juga aku terpaksa menyiapkan diri dengan persediaan untuk menghadiri seminar di Riau, Indonesia.


Menghadiri mesyuarat seminar membantu membuat persediaan ke Riau ternyata memenatkan. Perlu difikirkan bagaimana hendak menyusun operasi supaya seminar ini dapat dijayakan. Mengambil kira terhadnya kebiasaan prof hasan yang kurang mahir dengan urusan birokrasi di sini, aku terpaksa membantu setakat yang boleh. Itu pun dengan pengalaman aku yang sedikit kerana aku pernah menjadi pengarah seminar pembangunan lebih kurang 10 tahun lampau. Setakat ini nampak ok..saudari Syuhada selaku setiausaha sanggup berlapang dada menerima pandangan dari aku dan kawan-kawan….


Minggu ni jugak aku berhempas pulas menanda kertas exam integriti dalam urustadbir negara. Jawapan students nampak ok..rata-rata membaca nota-nota yang dibekalkan kepada mereka…ada jugak yang membantah tapi tak lah ramai. Biasalah tu dalam setandan pisang akan ada yang buat tak senonoh. Bab marking papers ni memang tak siap kalau tumpu kat opis sahaja..kena bawak balik rumah. So apa lagi kena tidur lewat le…tapi tak ape le yang penting semua beres….


Nak ke Universiti Islam Riau ni kena siapkan paper untuk pembentangan. Oleh sebab tak sempat nak buat paper baru..aku hanya ambik sebahagian kecil isu dari tesis phd. Begitu pun aku kena construct balik sesuai dengan tujuan seminar ni. Tapi tak ade le kena start dari awal..aku ada satu paper baru dengan ucop…kerangka dah siap cuma nak kena taip semula sebab minggu depan ni kena bentang kat jawatankuasa seminar di peringkat kolej…


Dateline untuk submit markah praktikum dah semakin hampir. Dua students aje tapi penat jugak nak menghabiskan penelitian laporan diaorang ni. Macam mana pun habis jugak aku baca sambil marking papers..lepas tu aku ada tiga laporan latihan ilmiah yang perlu diberi markah. Nasib baik diaorang bertiga ni ok..nak dengar kata..so sejak dulu lagi diaorang ni selalu datang bincang mengenai latihan ilmiah ni..alhamdulillah semua ok siap dan dah submitpun…hari khamis ni aku kena submit markah diaorang ni…


Hari Jumaat ni pulak aku kena mengajar kelas PLK kat sini..semua nota kuliah dah ada..Cuma aku kena refresh dan setup balik mind ni dengan persekitaran pelajar dewasa ni..ragam diaorang ni tak sama dengan students undergrad…tapi tak ape le aku memang dah biasa mengajar students dewasa ni…apa pun aku kena siapkan senarai nama tugasan kumpulan coz dalam pertemuan ketiga bulan depan diaorang ni kena present kat dalam kelas….macam mana agaknya…


Nak pegi Riau bulan Jun ni tapi passport masih belum siap..aku kena pegi Bukit Kayu Hitam..tapi gambar masih belum ambik lagi…dah lah tu lesen memandu mampus pulak..nak kena pegi renew le pulak..aku harap soal nak buat passport ni tak akan jadi masalah…tapi mana pulak surat beranak aku letakkan..rasa-rasanya ada kat opis….


…..aduh letih jugak dengan kesibukan sebegini…tapi nak buat macam mana beginilah kalau keje makan gaji..apapun aku gembira dengan keje-keje macam ni…nak kata apalagi ye………….


….oh ye..petang jumaat ni nak ke Pattani dengan dr mansor…macam mana agaknya…harap2 selamat…

Sunday, May 2, 2010

Semakin Sunyi

...tinggal hanya 3 hari lagi tempoh exam akan berakhir..kat sekitar office ni dah semakin sunyi..tak ada lagi student yang mundar mandir kehulu kehilir...aku kat bilik marking papers exam..kawan2 lain mcm tu jugak..

...mcm ni le keadaannya pada setiap kali budak2 cuti sem...yang tinggal hanya kami sahaja..awal2 ni seronok jugak sebab tak ada siapa pun kacau..masing2 boleh bersendirian untuk sepanjang hari..masuk pagi dan keluar petang..tak perlu jumpa sesiapa pun...

...biasanya pada masa ni kami akan siapkan segala tugasan melibatkan students..markah exam, assignment, latihan ilmiah dan praktikum..lepas tu baru le siapkan kerja sendiri..buat research, tulis artikel, meeting, buat paper untuk seminar, prepare kelas next sem dan macm2 lagi...

...waktu tak de students ni ..memang rasa sunyi..awal2 ni ok tapi biasanya kalau dah masuk sebulan tu..terasa jugak sepinya...rindu pulak nak masuk kelas...masa tu semangat berkobar2...

...ari ni aku nak habiskan marking satu paper ni...malam tadi dapat 15 skrip..hari ni ada banyak lagi...tapi tak apa..aku yakin dapat habiskan semuanya dalam masa terdekat ni..rasanya kesunyian di sini akan banyak membantu....

Wednesday, April 28, 2010

Telatah Exam

..aku baru aje abis exam petang semalam...kini tiba masa nak marking pulak..bakal tension seminggu dua ni..lepas ni 6 Mei paper last aku..

...pasal ambik exam ni macam2 telatah aku tengok...aku boleh kesan budak mana yang study dengan budak2 yang tak study..budak blurr pun ada jugak..

...kalau yang study tu aku tengok mcm tak sabar2 nak jawab..kemudian dah mcm tak sedar orang kiri kanan...tau-tau masa dah nak habis...

...kalau yang kurang study tu...aku tengok diorang ni macam ada benda tak kena...pegang sana tak kena pegang sini tak kena...tau-tau masa banyak lagi...

...kalau yang tak study tu...aku tengok diaorang ni macam semua benda tak kena...tak pegang apa2..tau-tau masa mcm tak bergerak...

..macam tu le pengalaman aku dengan bebudak ni...

Sunday, April 25, 2010

Esok Exam!

..setiap kali nak exam aku akan menerima banyak tetamu dari kalangan student. bagus gak diorang ni nak juga datang jumpa aku..apa lagi tanya tips exam le..
..masa aku student dulu..susah nak jumpa pensyarah..kena tunggu berjam-jam lama kat pintu bilik office pensyarah..kadang-kadang tu haram tak dapat jumpa..satu-satunya tips yang dapat masa kuliah akhir..itupun kalau dapat..tapi sekarang... aku kena bagi tips sampai waktu kecederaan..

..s.m salim kata..dulu lain sekarang lain..dulu aku ada tutorial..sekarang tak ada..dulu setiap kali tutorial aku cukup takut sebab selalu tak prepare..artikel yang disuruh baca kadang-kadang tak baca..jadi masa tutorial akulah insan paling baik sekali..masa tu gak otak ligat cari jawapan..aku rasa latihan ni yang buat aku mahir macam mana nak gunakan akal logik...

..dulu kuliah tak wajib..aku boleh tuang...ada kawan aku tu tak pernah pegi pun..tapi tutorial wajib hadir..tak datang dua kali dah tak boleh ambik exam..sekarang budak-budak tak perlu hadir tutorial tapi wajib hadir kuliah..kalau ikut buku aku boleh halang diorang ambik exam kalau tak datang lebih lima kali..tapi biasa le..aku ni jenis malas nak ajar orang dah besar ni..nanti dalam final exam aku dapat gak tangkap diorang ni..

..dulu setiap kali nak exam aku dapatkan semua nota kuliah dari kawan2 yang punya tulisan cantik..biasanya budak pompuan le..diorang ni nota kuliah memang cantik..so apa lagi phostat la..lepas tu buat ringkasan..jadik bila nak exam baca nota ringkas tu aje le..sebab tu masa kat universiti kena ada banyak kawan..senang nak dapat nota bila nak exam..tapi ada gak yang jadik tangkai jering..kedekut gile...

..sekarang aku tengok budak2 bukan sahaja buat nota ringkas..sesetengah tu siap buat skrip exam lagi..ni bukan sahaja nak spot soalan exam tapi nak spot jawapan exam..tapi aku tau tak semua macam tu..sesetengah tu kalau dah pekak tu pekak jugak..tak percaya aku boleh buktikan..ada tu jawab dua soalan sahaja dari empat soalan..yang lebih tu dia lukis gambar..ada gambar awek atau bf, ada gambar emak bapak selebihnya gambar binatang kesayangnnya termasuklah lipan, kala jengking dan macam-macam....

..macam biasa lepas exam budak-budak akan rasa lega..coz exam dah clear..yang pening pulak aku le..nak kena baca satu persatu..korang paham aje le tulisan diorang ni..biasanya dua soalan pertama tulisan dalam skrip masih cantik..tapi lepas dua soalan..tulisan dah macam doktor nak bagi ubat malaria...kalau ikutkan hati nak aje aku pijak2kan skrip tu..tapi aku nak buat macam mana..kalau di tanya masa tak cukup..so diorang kena tulis cepat2..jadi tulisan cepat2 nilah yang disuruhnya aku baca...kalau tanya markah..semua nak A...masa aku dulu pensyarah ada bagi tau..A untuk Dewa..B untuk Pensyarah..so CDEF untuk students le...

...So esok exam pertama untuk sem ni..aku dah photostat nota2 yg perlu untuk students baca..kalau tak boleh jawab tak tau le..elok pegi mandi bunga taik ayam..aku dah ready dengan pen merah yang baru..harap2 sebatang pen ni cukup untuk periksa skrip diorang ni..anyway good luck to all of you...

Wednesday, April 21, 2010

Nota Kuliah (exam)

...hari ni aku dah siapkan satu lagi nota kuliah..itu janji aku kat students..aku kena upload 4 nota kuliah kat learningcare sebelum diorang exam pada 6 Mei ni. aku masih ada dua nota kuliah yang perlu aku siapkan..motivasi masih tinggi nak siapkan tapi stamina dah tak macam dulu..selalu rasa lengoh kat badan..mungkin indikator kepada aku yang semakin jauh meninggalkan alam remaja.

...nota kuliah ni aku buat single spacing..10 halaman setiap satu jadik akan ada 40 halaman semuanya..lama jugak tak tulis nota kuliah ni..aku lebih suka gunakan powerpoint ketika kuliah dan cuba terangkan point2 mengikut daya ingatan aku..cara nak buat nota kuliah ni..aku ambik masa 1 jam untuk 5 muka surat..oleh kerana lama dah tak menulis cara cepat ni..aku kena baca balik buku-buku how to write fast..macam buku The Process of Paragraph Writing (Joy M.Reid)..bukan apa nak refresh balik aje memori aku yang semakin berkarat...nak tulis ni skill kena asah kalau tak cepat berkarat..

..dah siap dua nota kuliah ni tiba masa aku kena upload kat learningcare..tapi entah macam mana bila aku upload aje..fail tadi tak boleh bukak pulak..aku pening tak tahu nak buat apalagi..entah apa virus yang menyerang...mungkin unopen virus kot...

...esok aku kena fikirkan bagaimana aku nak serahkan nota-nota ni kat students..mungkin ada students aku yang dapat selesaikan masalah ni..aku tahu bab-bab nak nota free ni memang diaorang pakar lebih dari aku...

Kisah Burung Merak dan Burung Murai

..entah macam mana aku teringat kepada kisah dua ekor burung iaitu burung merak dan burung murai. ramai yang mungkin tahu dan tidak tahu pasal cerita dua ekor burung ni..sebenarnya kisah dua ekor burung ni hanyalah sebagai perlambangan ataupun analogi yang digunakan bagi menggambarkan perangai manusia.

..kita memang dahpun tahu pasal dua ekor burung ni. Burung merak tubuhnya lebih besar dari burung murai. Memiliki bulu yang cantik dan terserlah kecantikannya apabila dia mengembangkan sayapnya. Berbanding dengan burung murai, tak banyak warna pada bulunya. memang tak cantik manapun. Tapi yang menarik pasal burung murai ni ialah suaranya yang nyaring..dan sering meriuhkan suasana. Berbeza dengan burung merak..hampir tak ada suara..pendiam..jarang kita dengar suara burung merak...

..satu lagi imej burung merak ialah dia kelihatan ego walaupun sedikit pendiam..kadang kala kelihatan sombong..tetapi sifat ini menyebabkan banyak burung lain sukar membaca perangai burung merak yang sebenar. Manakala burung murai pulak..citranya tak duduk diam..melompat ke sana sini..becok mulutnya..dan kalau suaranya sedap sering dipenjarakan oleh manusia dalam sangkar. Tapi tidak kepada burung merak..susah hendak diletakkan dalam sangkar kalau adapun kita tengok kat zoo aje..itupun dalam sangkar besar..

..manusia ni macam tu jugak..tak ramai yang nak jadi burung merak..takut dikatakan sombong, ego, bangga diri dan sebagainya. sebaliknya ramai yang nak jadi burung murai..bising, tak cantik, tak reti duduk diam, berani hanya bila ramai...lebih teruk lagi suka duduk dalam penjara manusia lain..

..moralnya...hah...kau pikirlah sendiri...nak jadi seperti burung merak atau burung murai..tak kisahlah murai batu atau murai kayu...

Friday, April 16, 2010

Pelajar Baru Praktikum

...Sepanjang masa final exam ni..aku dah bagi tau kat 10 orang student yang nak pergi praktikum untuk datang jumpa aku sebelum diorang blah. aku tak mahu seorangpun yang tak datang. Susah aku nanti kalau ada yang buat keras kepala buat tak kisah pesanan aku ni. Kalau aku suruh datang jumpa tu datanglah supaya aku berpeluang membekalkan pesanan-pesanan sebelum korang semua pergi praktikum...

...Aku hanya nak pesan beberapa perkara aje..aku nak bagi no. phone off, hp, email, ym dan pesanan supaya berkelakuan senonoh ketika berpraktikum. Aku tak mahu kalau-kalau yang pergi praktikum ni hanya berhubung dengan aku semasa sebelum pergi dan waktu balik aje (time nak hantar laporan). Aku bukanlah kebulur sangat nak berhubung dengan student praktikum ni untuk sepanjang masa. Aku ada banyak kerja lain jugak nak dibuat. Kena attend mesyuarat, buat kertas kerja, buat penyelidikan, layan student ilmiah, hadir kursus, layan student sdg, dan banyak lagi...yang pasti aku kena mengajar setiap minggu...itu dah cukup buat aku sibuk..belum lagi memikirkan pasal persatuan dan student PLK...semuanya buat rambut aku semakin memutih...

...so aku harap pelajar praktikum ni bila dah dapat semua maklumat macam mana nak berhubung ni selalulah bagi tau perkembangan praktium saudara saudari. aku yang nak memberi markah kepada korang semua...so tak kan dua minggu sekali tak boleh contact kot..just say hello pun jadiklah..kalau dah tak ada apa nak dilaporkan. yang penting aku tau status korang semua..hidup dan aktif..jangan jadi macam sesetengah student (student aku ok) kawan-kawan aku...ada yang tak pernah contact tu..tau-tau muncul bila tarikh nak submit report..masa tu macam-macam story keluar..dari kucing dia sakit sampailah daun kankung dia layu..semuanya menyebabkan dia tak boleh contact lecturer dia...

...dalam hal praktikum ni..aku tak ada le nak mendesak sangat..tapi student janganlah berpraktium sampai lupa diri..kena ingatlah kita kat sana tu hanya untuk 4 bulan aje..yang penting report..report..report kena siap dan senonoh rupa report tu..aku akan cuba membantu sebaik mungkin tapi student praktikum kena ambik berat pasal tanggungjawab sendiri..jangan suka cari alasan dan sembur semuanya kena kat muka aku..itu dah tak senonoh namanya..pandai-pandailah membahagiakan diri semasa berpraktikum ni..praktikum seronok dan reportpun keep going...

...aku tahu student2 aku ni cerdik belaka..tentu dah faham apa yang aku bebelkan ni..tapi biasalah..ramai-ramai ni ada jugak yang slow..mungkin terlalu banyak makan kepala ikan temenong..so banyaklah temenong dia tu....

Final Exam

...final exam membuka tirai. aku dapat rasakan debaran final exam bila tengok wajah2 student yang datang mintak tips. aku tak nafikan setiap kali final exam, memang ramai student yang bagi aku ambik berat pasal masa depan datang untuk bertanya itu dan ini. tapi ada juga student yang tak pernah datang untuk berbincang apa-apapun...

...aku doakan student aku ni akan berjaya untuk final exam ni terutama yang dah final sem. harap dapat jawab soalan dengan baik dan score markah tertinggi. biarpun assignment dah di hantar tapi untuk dapat A, student mesti dapat sekurang-kurangnya 80% markah di final exam ni...

...aku harap student semua dapat menjaga diri baik-baik sehinggalah final exam ni selesai. jauhkan diri dari mara bahaya, jaga kesihatan, elakkan makan tak tentu arah, jauhi dari sebarang perkara yang mendatangkan kemudaratan tubuh badan, jangan ditangkap khalwat, kekalkan emosi di tahap terbaik, jangan diserang histeria, dan sebagainya.

...aku bimbang kalau-kalau ada student dalam menghadapi final exam ni, akan buat kecoh dengan perancangan aku. tak pasal-pasal aku kena buat soalan baru untuk diorang ni. jadi sebelum aku marah kerana perbuatan student yang tak senonoh ni, eloklah korang semua jaga tingkah laku dan bersenonoh dengan time-time final exam ni...

Saturday, April 10, 2010

Ladang Teh


Ni permandangan dari anjung cafe BOH plantation kat Cameron Highlands. Apa anda nampak tu adalah sebahagian ladang teh yang terdapat di situ. Pokok teh kelihatan seperti pokok bonsai.

Untuk sampai ke situ, aku terpaksa melalui jalan tar yang sempit kena hati-hati kerana banyak selekoh. Jarak dari jalan besar lebih kurang 2 km. Udaranya nyaman dan permandangan sangat cantik apabila kita memandang ladang teh yang terbentang luas.

Di ladang tu ada sebuah cafe. Kat Cafe tu ada banyak menu berasaskan teh. Aku dan family..apa lagi minum teh tarik le. hariz makan sandwich, hannah pun....harga biasalah setinggi ladang teh tu le. Tapi kira oklah. Kat sekitar ladang tu ada kilang teh yang boleh dilawati. Ditunjukkan bagaimana daun teh diproses untuk dijadikan serbuk. Terdapat juga ruang untuk pelawat menonton televisyen besar yang menyiarkan rancangan teh.

Tips aku...ladang teh ni dibuka untuk orang awam dari pukul 9.00am hingga 4.00pm.

Mee Rebus Ramli


Kedai Mee Rebus Ramli ni kat Ipoh, lebih tepat lagi jalan ke Sungai Siput. Kedai ni En Yusof Pon yang cadangkan. Dulu masa aku selalu pergi ke Ipoh tak pula ada orang bagi tau pasal kedai ni.

Aku dah dua kali pergi kedai ni. Menu utama apa lagi Mee Rebus le. Selain itu ada Laksa, Nasi Lemak, Western Food dan Cam Mee.

Mee Rebus Ramli ni memang sedap dan rasanya tak sama dengan Mee Rebus yang ada kat Alor Setar ni. Nak cakappun susah jadi kena rasa sendiri. Aku tengok memang ramai yang datang beli bungkus. Mungkin sebab pelanggan selalu ramai dalam kedai, jadi beli bungkus jalan terbaik untuk menghirup kuah sampai habis. Kat kedai tu ada surau untuk kegunaan lelaki dan wanita. Tandas jugak ada untuk keselesaan pengunjung.

Kalau nak makan kat sini, tips aku jangan semua order mee rebus tapi setiap orang order lain-lain menu so bolehlah rasa yang kawan punya.

Nasi Kandar Beratur


Ke Penang dengan Dr Sukeri dibawakan aku ke kedai Nasi Kandar Beratur. Terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling kedai ni dah mula dibuka sejak pukul 7.00pm.

Walaupun kat kedai ditulis dibuka pada pukul 10.00 malam, tapi orang dah mula ramai makan kat situ. Difahamkan orang betul-betul ramai menjelang pukul 10.00 malam. Ramai akan beratur untuk memilih lauk so sebab tu dipanggil kedai nasi kandar beratur. Seramai mana tak tahu lah sebab masa aku kat situ adalah 7 atau 8 orang yang makan.

Masakannya memang le sedap ada perbezaan kalau kita pergi makan kat mana-mana kedai nasi kandar. Kepada sesiapa yang teringin nak cuba boleh le pergi ke sana. Mudah berjumpa dengan kedai ni kalau tau jalan ke masjid kapitan keling tu. Aku makan daging kambing goreng yang tak pernah aku jumpa kat mana-mana kedai mamak yang lain.

Lepas makan kat situ, kita boleh jalan kat kawasan sekitar. Ada banyak kedai menu India macam nasi dalcha, bubur (apa entah), capati yang dibakar, roti canai, nasi briyani banyak lagi. Kat situ ada satu kedai muzik India. Aku tengok kat dalam tu banyak dijual buku, kaset dan CD lagu-lagu dan filem Tamil. Happening sungguh!

Tips kepada anda (terutama pengemar masakan India) kalau pegi sana, jangan makan banyak sangat sebab banyak lagi benda yang kena makan.

Monday, April 5, 2010

Minggu Ulang Kaji

Minggu depan bermula apa yang dipanggil minggu ulang kaji. Tentu sekali berbeza dengan minggu belajar. Tapi aku rasa ramai pelajar menggunakan minggu ulang kaji sebagai minggu belajar. Biasa le budak-budak ni kalau tak dipanggil sebagai minggu ulang kaji maka tak membacalah jawabnya. Begitupun aku rasa tak semuanya macam tu. Adalah segelintir sahaja berperangai sebegitu.

Masa minggu ulang kaji ni ada pelajar yang akan pulun habis..ada jugak yang balik kampung..tak tau le pulak sebab apa. Mungkin nak cari air jampi, dapatkan restu emak dan bapa, atau cari sumber-sumber motivasi yang dapat membantu menjernihkan hati dan akal masing-masing.

Bila ada pelajar mengingatkan aku pasal minggu ulang kaji ni, aku teringat zaman kecik-kecik dulu. Dulu kat kampung hampir tiap-tiap malam mak aku temankan aku buat kerja sekolah..ditemani pelita minyak tanah..dan sebatang rotan bulu ayam. Pernah jugak aku terfikir..mak aku ni bukanlah pandai sangat pasal sejarah, sains, kajian tempatan, matematik dan bahasa inggeris..so buat apa dia nak temankan aku buat keje sekolah ni...

Tak kisahlah apa jawapannya..tapi sekarang aku dah mula faham..apa yang nak emak aku terapkan ialah disiplin...iaitu kalau nak belajar mesti tekun dan konsisten..tak tunggu minggu ulang kaji baru nak study...jadi dalam kes aku, emak selalu menemani sebab dia nak aku akan sentiasa belajar dan tak tunggu minggu ulang kaji baru nak selak buku...

Bapak aku pulak sering jerit kat mak aku supaya temankan aku belajar...tapi dalam kes ini apa pulak bapa aku fikirkan? Hari ni baru aku teringat..pernah satu masa bantal peluk aku terbakar gara-gara adik aku main pelita minyak tanah..masa tu mak aku kat dapur...

Sekarang budak-budak dah tak banyak masalah nak belajar..semuanya complete..yang tak complete hanya nota kuliah sahaja...kalau tengok aku..aku masih mencari sudip yang paling besar..satu kerja yang tak pernah berhenti..

.....selamat berminggukan ulang kaji

Sunday, April 4, 2010

Tahniah Graduan BDM

...memang dah lama aku tak menulis..tak tau apa sebab..apa yang pasti banyak benda sangat aku kena buat..prepare untuk kelas, dokumentasi, monitor persatuan, mesyuarat, semak latihan ilmiah, main golf dan macam2...

...minggu lepas dapat surat kena attend majlis konvo..bangga sebab anak didik dah habiskan pengajian masing-masing...segak dan lawa pulak budak-budak ni..dulu datang kelas tak ada le macam ni sangat..kalau macam ni selalu kan bagus..

...kesempatan ini aku ucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana dah habiskan pengajian..moga hidup akan bahagia seperti yang dicita-citakan...aku tak tau korang nak jadi apa...apa yang aku harapkan korang akan dapat berfikir dengan matang berbekalkan ilmu yang diperoleh selama berada di UUM...

...Tahniah sekali lagi

Monday, February 22, 2010

Pelantikan Penasihat Persatuan Pengurusan Pembangunan

Saya mendapat surat dari pihak PNC bertarikh 10 Januari 2010, melantik saya sebagai Penasihat Persatuan Pelajar BDM bagi tempoh 1 januari - 31 Disember 2010.

Pelantikan saya ini dibuat bagi menggantikan En Zaim Ahmad yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd penghujung tahun ini.

Saya sebenarnya berbesar hati menerima amanah ini biarpun sebenarnya 'agak' malas untuk berurusan dengan student2 ni. Bukan apa dulu lebih dari lima tahun bersama-sama dengan pelajar Ko-K berjalan ke sana ke mari menjayakan berbagai-bagai projek. Rasa penat tu masih ada lagi tambah pulak lepas tu dok sibuk dengan Jabatan Program...lepas tu sambung Phd.

Jadi bila dah balik ni nak rileks le pulak...apa-apapun saya pasrah le dengan takdir ini...

....marilah kita sama-sama memertabatkan BDM!!!

Ulasan Karya

Mengapa kita perlu buat ulasan karya? Kalau tak ada tak boleh ke? Dua soalan yang sering kita fikirkan. Dah lah buat bende ni susah...tapi nak kena buat jugak.

Baiklah, saya cuba jawab dulu soalan pertama..mengapa kita perlu buat ulasan karya. Ulasan karya merupakan satu tugas yang mana kita mencari kajian2 terdahulu membabitkan topik kajian kita sekarang. Kajian2 terdahulu ini boleh didapati dalam bentuk penerbitan atau tidak diterbitkan. Misalnya, jika kajian kita melibatkan kes pembuangan bayi...maka kita perlu mencari kes-kes pembuangan bayi yang dilaporkan/diterbitkan dalam semua bentuk media massa (jika boleh).

Tujuan kita mencari kes-kes ini sebagai panduan kepada apakah perkara yang hendak dikaji dalam soal kes pembuangan bayi ini. Lebih penting lagi, tugasan ini akan mengurangkan kebarangkalian untuk kita tertinggal pembolehubah (variable) yang hendak dikaji. Ringkasnya, kita tidak akan tertinggal atau terlepas pandang perkara-perkara penting yang membabitkan kes pembuangan bayi.

Saya selalu katakan kepada pelajar, dunia ini telahpun bermula beribu tahun yang lampau..jadi tak banyak fenomena yang berlaku sekarang tidak pernah terjadi sebelum ini..kalau tak ada sangatpun mungkin hal-hal yang tidak melibatkan orang awam seperti kita. Justeru itu, ulasan karya ini penting sebagai panduan kepada hal-hal/point-point yang hendak kita kaji itu.

Bagi maksud yang lebih besar, ulasan karya turut membabitkan soal-soal methodologi, method dan penggunaan pendekatan dalam penyelidikan. Namun begitu, bagi pelajar undergraduate ni perkara seumpama itu bukanlah keutamaan untuk masa sekarang.

Bagaimana pula kalau tak ada ulasan karya...saya tak nafikan ada research yang boleh dimulakan tanpa melakukan ulasan karya terlebih dahulu..tetapi tak payah le saya bincangkan di sini. Apa yang saya boleh katakan, tanpa ulasan karya pelajar agak sukar mencari perkara-perkara yang harus dikaji bagi menjawab permasalahan kajian. Pelajar seolah-olah meraba-raba dalam kegelapan, tak tau di mana harus bermula, di mana harus berhenti dan sebagainya...

Oleh yang demikian, saya berpendapat ulasan karya harus dibuat dengan tekun dan teliti supaya akan dapat memudahkan perjalanan kajian kita nanti....tak kisahlah apa pendekatan yang pelajar gunakan sama ada kualitatif ataupun kuantitatif....

........salam jumpa lagi...

Saturday, January 30, 2010

Nota 5: Hubungan Permasalahan Kajian dengan Persoalan Kajian dan Objektif

...well sekarang saya cuba simpulkan hubungan di antara permasalahan kajian dengan persoalan kajian dan objektif kajian...

...tadi dalam nota 1..saya bertanya kepada anda semua apakah ada masalah? cuba kenal pasti betul-betul apa masalah yang anda (ataupun sapa-sapapun..masyarakat, etc) hadapi..kadang-kadang nampak masalah depan mata tapi tak dapat berkata-kata (masalah articulation)...

...setelah kita kenal pasti masalah..cth: pencemaran udara di kawasan X

...maka kita bina permasalahan kajian..lihat nota 2..yg terdiri dari 4 kenyataan..

..kenyataan pertama (description of the ideal scenario - values that your audience considers important and that are relevant to the problem)

..kenyataan kedua (the reality of the situation) - huraikan keadaan yang sebenarnya berlaku..

..kenyataan ketiga (the consequence for the audience) - jelaskan akibat-akibat dari situasi dalam kenyataan kedua..

..Kenyataan keempat (kenyataan tesis/kajian) - apa yang hendak saudara lakukan dalam kajian ini..

...lepas tu kita bentuk persoalan kajian berdasarkan kepada persoalan what? Why dan How...

...jadi terakhir kita jawab le persoalan what, why dan how tu mengikut turutan 1 dengan 1; 2 dengan 2; 3 dengan 3....

......................................kita tengok pulak ulasan karya selepas ini...

Nota 4: Objektif Kajian

....Objektif kajian ialah apa yang hendak kita capai melalui kajian yang kita lakukan...objektif kajian haruslah menjawab persoalan kajian yang telah kita bentuk dalam nota 3.

...secara mudahnya..jika terdapat 3 persoalan kajian maka seharusnya ada 3 objektif kajian...ini kerana setiap satu persoalan perlulah dijawab dalam objektif kajian...

..misalnya..persoalan 1 (what)..apakah maksud pencemaran udara?

..jadi objektif pertama ialah: meneliti maksud pencemaran udara. (menjawab persoalan 1)

...contoh kedua...persoalan 2 (why)...mengapa berlaku pencemaran udara?

..jadi objektif kedua ialah: mengkaji punca berlakunya pencemaran udara. (menjawab persoalan 2)

...contoh ketiga...persoalan 3 (how)...bagaimana pencemaran udara berlaku?

..jadi objektif ketiga ialah: mengkaji proses penemaran udara berlaku. (menjawab persoalan 3).

...oleh yang demikian, objektif kajian dibahagikan kepada 3 berdasarkan kepada 3 persoalan kajian...jika kita lihat di sini..objektif dibentuk bagi menjawab persoalan kajian yang kita bentuk dari permasalahan kajian (dalam nota 2)

....seterusnya kita lihat ulasan karya..apakah peranan ulasan karya dalam research/kajian..sebelum itu saya tunjukan hubungan di antara permasalahan kajian dengan persoalan kajian dan objektif kajian....

Nota 3: Persoalan Kajian

...ok setelah anda berjaya membentuk permasalahan kajian dan tesis statement (maksud research yang hendak dilakukan(dalam Nota 2)...apakah yang harus dilakukan?

....langkah seterusnya ialah membentuk persoalan kajian...

...paling mudah membentuk persoalan kajian ialah dengan mengemukakan 3 soalan iaitu:

What...Why...How...

...berbalik kepada nota 2:

What (apa).. apakah maksud pencemaran udara?, apakah faktor menyebabkan berlakunya pencemaran udara? apakah peranan pihak yang mengawal pencemaran udara?

Why (mengapa)..mengapa berlakunya pencemaran udara? mengapa pihak bertanggung jawab gagal mengawal pencemaran udara? mengapa penduduk sekitar tidak selesa dengan pencemaran udara?

How (bagaimana)..bagaimana pencemaran udara boleh berlaku? bagaimana tindakan pihak bertanggung jawab dalam membendung masalah pencemaran udara? bagaimana reaksi penduduk sekitar?

....di atas merupakan contoh persoalan-persoalan kajian yang boleh dibentuk oleh penyelidik... setelah siap dibentuk persoalan kajian apakah langkah selanjutnya...

...langkah seterusnya ialah membentuk objektif kajian...


Nota 2: Ada Masalah?

Bila dah ada masalah....

...banyak proposal atau cadangan penyelidikan yang dihantar kepada saya..tapi susah untuk saya mengenalpasti dengan tepat apakah sebenarnya maksud proposal itu..ini kerana dalam satu proposal tu banyak sangat masalah yang hendak dikaji...soalnya mengapa terjadinya perkara ini?

...suka saya berikan satu 'format' bagaimana dapat menyatakan masalah dengan tepat supaya pembaca dapat memahami apa yang sebenarnya yang hendak kita bagi tau...

...format ini saya katakan sebagai "formula membentuk permasalahan kajian" ataupun "formulating problem statements".

...ramai pelajar menyatakan ada masalah tetapi masalah yang diberi sangat besar misalnya masalah pencemaran..tetapi pencemaran yang mana satu...adakah pencemaran udara, air, atau bunyi?

...baiklah katakan kita memilih pencemaran udara...

...langkah pertama ialah membentuk kenyataan 1.

Kenyataan 1: Kenyataan ini mestilah menghuraikan 'the ideal scenario' dan mampu menarik perhatian pembaca.

Kerajaan sentiasa berusaha menerusi berbagai tindakan untuk memastikan tidak berlakunya pencemaran udara, misalnya melalui program kempen mencegah pencemaran udara.

...kenyataan 1 di atas dihubungkan dengan kenyataan 2 dengan menggunakan perkataan TETAPI (ataupun seerti dengannya..akan tetapi..etc)

Kenyataan 2 : Situasi sebenar masalah yang kamu ada/nampak/tahu (the reality of the situation)

TETAPI....apa yang berlaku di kawasan X sebaliknya, pencemaran udara berlaku hampir saban hari akibat dari projek pembinaan yang dijalankan di kawasan tersebut.

Kenyataan 3: Terangkan akibat dari kenyataan 2.

Akibat dari keadaan tersebut, pencemaran udara telah menyebabkan penduduk sekitar mengalami gangguan kesihatan seperti batuk kering, serangan virus dan sebagainya.

Research: Your proposed research to investigate the possibility of making the reality more like the Ideal.

Kajian: Oleh yang demikian, kajian ini dicadangkan untuk mengkaji dengan mencari sebab mengapa pencemaran udara berlaku di kawasan X.

Contoh: The purpose of this ............... (biographical, phenomenological, grounded theory, ethnographic, case) study is (was? will be?) to ............ (understand? describe? develop? discover?) the ........... (central focus for the study) for ........ ( the unit of analysis: a person? processes? groups? site?). At this stage in the research, the ............ (central focus being studied) will be generally defined as ......... (provide a general definition of the central concept) (Creswell 1998).

......Jadi kajian anda ialah mencari sebab mengapa berlakunya pencemaran udara di kawasan X.

Nota 1: Theoretical Framework

...banyak soalan ditanya kepada saya apakah itu kerangka teoritikal dalam penyelidikan bagi tujuan praktikum mahupun latihan ilmiah..kerangka teoritikal merujuk kepada beberapa kompenan dalam satu penyelidikan..kompenan tersebut ialah konsep, ulasan karya berdasarkan kajian sebelum ini, teknik pengumpulan data dan analisis ke atas data yang telah dikumpulkan..

...tetapi sebelum itu..perkara yang penting dalam penyelidikan ialah mengenalpasti masalah yang hendak dikaji..jika tak ada masalah maka tak gunalah kita kaji..misalnya, jika kita hidup dalam satu bandar yang tak ada masalah..so tak payahlah kita kaji apa-apa sebab dah tak ada masalah.

...tapi jika kehidupan kita kat bandar tu ada masalah maka adalah sebab untuk kita kaji masalah tersebut..begitu juga dalam organisasi..kalau tak ada masalah maka tak perlu dibuat kajian atau dijalankan sebarang kajian dalam organisasi tersebut..

...secara ringkasnya kajian hanya bermula apabila wujudnya masalah..tak ada masalah maka tak adalah kajian...

Monday, January 18, 2010

Kesesakan Jalan raya

Kesesakan Jalan raya

Perancangan pembangunan bandar yang baik seharusnya akan menghasilkan sebuah pertempatan yang selesa dan teratur. Pertempatan yang selesa dan teratur ini dapat dilihat misalnya dari segi susunan bangunan, jalan raya dan kemudahan awam. Namun begitu, biarpun sebaik mana perancangan pembangunan sesebuah Bandar itu dilakukan, satu masalah yang sukar di atasi adalah masalah kesesakan jalan raya. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh Negara kita sahaja malah turut berlaku di merata dunia.

Di Bangkok, Thailand masalah kesesakan jalan raya telah berlarutan sejak sekian lama malah dikatakan menjadi semakin teruk. Dilaporkan lebih daripada 2.6 juta kenderaan melalui jalan raya di Bangkok setiap hari. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan tahap kebisingan yang tinggi bagi penduduk di bandar tersebut. Masalah utama di Bangkok ialah ketiadaan system pengangkutan awam yang cekap dan mencukupi. Kemudahan yang ada sebahagiannya berhadapan dengan berbagai masalah. Misalnya, kos penyelenggaraan yang tinggi dan laluan perkhidmatan yang terhad.

Masalah kesesakan jalan raya turut juga berlaku di Jakarta, Indonesia. Kesesakan jalan raya yang teruk berlaku hampir setiap hari terutama pada waktu pagi dan petang. Ini kerana pada kedua-dua waktu tersebut jalan raya dipenuhi dengan kenderaan yang membawa pekerja-pekerja untuk ke pejabat dan pulang ke rumah. Punca kesesakan berlaku disebabkan oleh jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Di laporkan di Jakarta pertambahan pendaftaran motorsikal bertambah lebih 60% dari 1.5 juta pada 1998 kepada 2.4 juta pada 2002. Sementara jumlah kenderaan persendirian seperti kereta bertambah dari 1 juta pada 1998 kepada 1.4 juta pada 2002.

Seperti mana di Bangkok dan Jakarta, Kuala Lumpur turut menghadapi masalah kesesakan jalan raya yang disebabkan oleh beberapa faktor seperti kemalangan, bilangan kenderaan yang tinggi, kerosakan lampu isyarat, dan sebagainya. Masalah kesesakan ini menjadi bertambah buruk setiap kali pada masa hari hujan. Dengan sistem pembentongan dan perparitan yang tidak dapat menampung jumlah air hujan yang tinggi, limpahan air akan memenuhi jalan raya-jalan raya di sekitar bandar tersebut. Akibatnya, banyak jalan raya tidak dapat dilalui sebagaimana hari biasa dan keadaan ini sekaligus menyebabkan kenderaan terperangkap dalam kesesakan untuk tempoh masa yang panjang.

Banyak pihak menyalahkan di antara satu sama lain dalam menangani masalah kesesakan jalan raya. Terdapat pihak mendakwa perancangan pembangunan yang tidak dilakukan secara sewajarnya merupakan punca utama masalah berkenaan timbul. Bangunan-bangunan didirikan tanpa memikirkan soal perparitan yang mencukupi dan bermacam lagi dakwaan-dakwaan yang lain. Namun yang pasti apa juga punca yang menyebabkan masalah kesesakan jalan raya, masalah tersebut memberi kesan besar kepada pengguna jalan raya itu sendiri serta masyarakat.

Terdapat kajian di Negara maju yang menunjukkan bahawa individu yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya menghadapi masalah tekanan jiwa dan kecewa. Hal ini disebabkan oleh kegagalan mereka untuk sampai ke sesuatu destinasi dalam masa yang sepatutnya. Seringkali perancangan yang diatur terganggu atau gagal sama sekali. Misalnya, seseorang yang sepatutnya sampai ke pejabat sebelum pukul 9 pagi, tetapi disebabkan oleh masalah tersebut maka mereka sering lewat. Perkara ini jika berlarutan boleh memberi kesan kepada kerjaya seseorang itu. Begitu juga pada waktu pulang dari tempat kerja. Masa yang sepatutnya dapat dihabiskan untuk bersama keluarga pada sebelah petang, terbuang begitu saja di atas jalan raya yang sesak. Akibatnya boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan.

Selain dari itu, seseorang yang menjadi ‘mangsa’ kesesakan jalan raya boleh terpengaruh dengan sikap yang buruk. Bagi mereka yang kurang sabar, kecenderungan untuk bersikap agresif seperti mana ketika memandu boleh menyebabkan keluarga terutama anak-anak di rumah menjadi mangsa keadaan. Tidak hairanlah kes-kes yang melibatkan pertelingkahan antara ahli keluarga sentiasa bertambah sungguhpun tidak sampai ke tahap yang serius. Oleh yang demikian, masalah kesesakan jalan raya tidak hanya melambatkan perjalanan tetapi turut menyentap rasa sabar seseorang pengguna dan menjadikan seseorang itu bertukar watak menjadi agresif. Lebih teruk sikap agresif itu terbawa-bawa ke rumah hinggakan ahli keluarga turut menerima kesannya.

Banyak lagi kesan besar yang timbul akibat daripada masalah kesesakan jalan raya. Masalah bertambahnya kemalangan jalan raya, berkurangnya tumpuan ketika memandu, kos bahan api yang meningkat dan sebagainya antara masalah yang lazim. Namun begitu, antara kesan yang tidak kurang penting ialah kesan kepada ekonomi Negara terutama kepada sector perniagaan. Oleh kerana masalah kesesakan jalan raya melibatkan peningkatan kos bahan api (minyak), banyak syarikat perkhidmatan penghantaran barangan menggenakan kadar caj yang tinggi bagi menghantar barangan di kawasan yang sering menghadapi masalah tersebut. Ini kerana caj yang tinggi terpaksa dikenakan bagi menampung kos bahan api yang dihabiskan serta masa yang panjang terpaksa di ambil bagi sesuatu penghantaran barangan. Keadaan ini sekaligus meningkatkan kos operasi sesebuah syarikat. Sehubungan dengan itu, banyak syarikat terpaksa mengalih operasi syarikat ke negara lain yang mana masalah kesesakan jalan raya lebih rendah berbanding dengan negara kita. Rentetan dari itu, kegiatan ekonomi Negara menjadi berkurang sekaligus memberi kesan kepada Negara dan rakyat.

Di kebanyakan Negara-negara membangun seperti Malaysia, antara punca pendapatan Negara diperoleh dari kegiatan pelancongan. Menerusi kemasukan pelancong-pelancong asing ke Negara kita, Negara akan mendapat tukaran asing yang begitu tinggi. Kutipan wang menerusi sewa bilik hotel, kenderaan, makanan, perkhidmatan pemandu pelancong dan sebagainya memberi pulangan besar kepada Negara. Namun jika masalah kesesakan jalan raya tidak diselesaikan, pulangan dari kegiatan pelancongan akan berkurangan dan sekaligus menutup rezeki pengusaha-pengusaha pelancongan. Tidak ada pelancong yang kembali untuk kali kedua mengunjungi tempat di mana kesesakan jalan raya menjadi masalah utama. Mereka (pelancong) yang datang untuk satu tempoh, sememangnya berharap akan dapat melawat seberapa banyak tempat yang menarik. Tetapi jika mereka tidak dapat berbuat demikian tentu sekali peluang kita menerima kedatangan mereka untuk kali kedua menjadi tipis.

Sebagai kesimpulan, masalah kesesakan jalan raya di Bandar-bandar besar terutamanya haruslah diselesaikan dengan sebaik mungkin. Akibat dari masalah ini bukan hanya kepada rakyat dalam Negara sahaja tetapi turut menjadi mangsa ialah pelabur-pelabur luar bersama-sama pelancong-pelancong yang dapat memberikan sumber pendapat kepada Negara. Justeru itu, kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam perancangan pembangunan bandar, soal menangani kesesakan jalan raya haruslah bermula sejak dari awal perancangan pembangunan dibuat dan bukannya setelah masalah tersebut telah menjadi barah.

Monday, January 11, 2010

Introduction to Sociology (Free Textbook)




kepada sesiapa yang nak baca buku tapi tak nak beli, tak nak pinjam kat library boleh tengok kat sini. free dan mudah untuk diprint. click kat SINI.





OK, selamat membaca!

Saturday, January 9, 2010

Promosi Pelancongan

The video, it turns out, was actually produced as part of a campaign by Visit Denmark, a Danish tourism agency. The idea is, apparently, to market Denmark to male tourists with the implication that it’s easy to have anonymous, unprotected sex with attractive local women who just want to introduce you to Danish customs. I don’t know that the possibility of unplanned pregnancy would be the best tourism draw, but she does assure us that she’s not a slut and she’s not wanting anything from the father, so perhaps that will reassure potential tourists that not only can they have unprotected sex with local women, there are no real consequences to doing so.



Mempromosi pelancongan kepada orang asing sememangnya digalakkan kerana akan membantu negara mendapat tukaran wang asing. Namun begitu, kaedah promosi bukanlah satu perkara yang boleh di ambil mudah terutama apabila ia menyentuh soal agama dan adat resam masyarakat.

Wednesday, January 6, 2010

“Need” and the Standard of Living

Beberapa imej 'rumah' di Indonesia dan India. Sumber:'contex'.




Di India...


Monday, January 4, 2010

10 Perkara Buruk Terbaik Minggu Ini

Ramai di kalangan pelajar universiti yang memberi khidmat sosial terutama pada masa cuti semester kepada pelajar sekolah. Khidmat sosial ini sememangnya dituntut sebagai sebahagian dari proses pengajian di universiti. Berbagai-bagai bengkel, kursus, kem-kem motivasi, ceramah dan sebagainya diadakan oleh mahasiswa untuk pelajar sekolah dengan hasrat dapat menanam semangat untuk masuk ke menara gading. Di antara pengisian majlis-majlis tersebut ialah mengganjurkan tingkah laku berdisiplin tinggi. Namun begitu, dalam sibuk-sibuk nak membetulkan pelajar sekolah, sedarkah kita bahawa terdapat segelintir dari kalangan mahasiswa di kampus sekarang amat rendah tahap disiplinnya?

Pengalaman saya menerusi pemerhatian dan pergaulan seharian dalam kampus membuktikan perkara ini. Tahap disiplin di kalangan mahasiswa seperti 'roller coaster' sekejap di bawah sekejap di atas. Berikut saya turunkan 10 perkara buruk yang terbaik bersabit dengan masalah disiplin mahasiswa.

10. selalu ponteng kelas terutama selepas cuti panjang
09. berbual-bual sesama sendiri ketika kuliah sedang berjalan
08. tak reti-reti menyiapkan tugasan biarpun beberapa kali ditegur
07. selalu menandatangani borang kehadiran untuk kawan-kawan yang tak datang
06. tak tutup (switch off)hand phone dalam bilik kuliah
05. selalu tak siap tugasan ataupun lambat 'submit'.
04. meniru atau 'cut paste' dalam menyiapkan tugasan
03. meniru dalam peperiksaan
02. berfesyen tak kena tempat
01. tak tahu yang dia tu student universiti

Saturday, January 2, 2010

Apa itu Sosiologi Pembangunan

Apa itu sosiologi pembangunan?

Secara mudah sosiologi pembangunan dapat dibahagikan kepada dua; sosiologi+pembangunan. Sosiologi merujuk kepada sebuah pendekatan sistematik mengkaji masyarakat. Masyarakat terdiri dari individu, dan kumpulan yang relatif kepada saiz, keturunan, lokasi dan sebagainya. Ahli-ahli sosiologi berminat kepada interaksi yang berlaku di antara individu dengan individu, individu dengan kumpulan, dan individu dengan masyarakat sekeliling. Termasuklah persekitaran di mana seseorang individu itu diam.

Tujuan utama sosiologi ialah membantu seseorang individu atau sebuah masyarakat itu memahami kehidupan mereka sendiri. Cara memahami itu merujuk kepada hubungan yang berlaku di antara individu dan masyarakat, di antara pengalaman peribadi dan umum, di antara realistik dan ideal, dan di antara natural dan construct. Seorang sosiologi juga berminat untuk 'explore' sesuatu masalah. Misalnya dari sudut mencari jawapan kepada satu permasalahan seperti siapa yang terlibat, siapa yang bertanggungjawab, siapa yang menerima akibat dan sebagainya.



Bagi maksud pembangunan pula, secara umum pembangunan merangkumi maksud yang sangat luas. Pembangunan ekonomi, pembangunan kanak-kanak, komuniti, negara, negeri, keluarga, kumpulan, sekolah, universiti, pejabat, kampung dan sebagainya. Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembangunan? Ahli-ahli sosiologi sering membincangkan pembangunan dengan merujuk kepada falsafah pembangunan itu sendiri. Maksudnya, mereka lebih gemar mengaitkan istilah pembangunan itu dengan 'permodenan, perubahan sosial, peningkatan kualiti hidup, dan kemampuan berdikari.'Jadi di sini, istilah pembangunan tidak hanya merujuk kepada aspek fizikal (quantity) semata-mata tetapi lebih penting ialah aspek bukan fizikal (quality).

Seterusnya apakah pula yang dimaksudkan dengan sosiologi pembangunan? Sosiologi pembangunan merupakan rangkuman di antara kedua-dua maksud seperti yang dibincangkan di atas. Lebih mudah ia merujuk kepada kajian-kajian ke atas pembangunan dengan menggunakan pendekatan sosiologi.

Apa itu Integriti

Apa itu integriti? Di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti di kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam dan swasta, organisasi hatta mereka di kampung juga tidak terkecuali. Masing-masing sibuk bercakap tentang integriti. Jadi apakah maksud sebenar integriti ini?

Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.

Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).

Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya, mengapa integriti ini sukar dicapai?

Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.

Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan itu atau si polan ini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Dalam masa 24 jam, berapa kali kita mandi sehari, berapa kali kita memberus gigi, membersihkan bilik tidur, melakukan ibadat, membaca buku, menyiapkan tugasan, bertanya khabar ibu bapa, sahabat, rakan, dan macam-macam perkara lain yang kita anggap remeh. Anda tahu jawapannya.

Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau kaedah untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. Maksud betul ialah mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang.