Tuesday, July 20, 2010

Format Laporan Praktikum

Salam semua,

Sudah banyak respond yang saya terima berkenaan dengan penulisan laporan praktikum. Apakah yang mahu ditulis oleh saudara sekalian. Bagaimana bentuk laporan yang hendak dibuat dan macam2 lagi persoalan. Macam saya katakan dulu dari segi format tak banyak berubah. Namun saya berpendapat perlu ada sedikit pengubahsuaian ke atas format sedia ada supaya dapat berlaku adil kepada semua. Ini kerana tidak semua di kalangan anda dapat mencari bahan kerana kekangan kemudahan internet dan perpusatakaan khususnya untuk menyiapkan bahagian ulasan karya.

Sehubungan dengan itu saya cuba ubahsuai sedikit laporan tersebut dengan mengambil pertimbangan di atas kekangan saudara sekalian hadapi. Berikut saya turunkan format yang harus anda ikuti:

(Mengikut Bab)

1. Pendahuluan
1.1 Pendahuluan
1.2 Permasalahan Kajian
1.3 Objektif kajian
1.4 Skop Kajian
1.5 Metodologi kajian
1.6 Kepentingan kajian
1.7 Kesimpulan

2. Latar belakang organisasi dan Konsep kajian
2.1 Pendahuluan
2.2 Latar belakang organisasi
2.3 Konsep kajian
2.4 Kesimpulan

3. Analisis Kajian (perbincangan subjek yang dikaji) cth: Masalah pengurusan sampah di kawasan X.
3.1 Pendahuluan
3.2 Masalah pekerja
3.3 Masalah logistik
3.4 Masalah kewangan
3.5 Masalah teknologi
3.6 Masalah lain2.

4. Rumusan dan Implikasi kajian
4.1 Pendahuluan
4.2 Rumusan kajian
4.3 Implikasi kajian
4.4 Cadangan kajian
4.5 Kesimpulan

Saya mohon supaya anda semua akan mengikuti format yang saya berikan di atas. Apa yang membezakan format ini dengan format sedia ada ialah, format ini tidak membincangkan ulasan karya. Justeru itu, kajian anda semua akan lebih bersifat exploratory (penerokaan) biarpun pada hakikatnya sudah banyak kajian yang telah dilakukan berkenaan dengan tajuk yang anda pilih. Namun bagi tujuan meringankan beban saudara semua, saya berikan format ini sebagai panduan.

Harus saya beri peringatan bahawa format ini hanya untuk pelajar di bawah seliaan saya sahaja. JANGAN diberi kepada pelajar-pelajar lain. Ini kerana mereka akan bergantung kepada penyelia masing2 bagaimana bentuk format yang harus dipatuhi.

Saya sarankan supaya anda semua menghantar cadangan penyelidikan yang hendak dibuat supaya sempat dibaiki sebelum anda mula menyusun perbincangan.

Salam jumpa lagi. terima kasih.

5 comments:

  1. Askum cik...konsep kajian tu macam mana?

    ReplyDelete
  2. konsep apa yang digunakan..macam konsep baju jugak le..ada konsep baju kebaya, baju kurung,dll..tapi kat sini konsep yg dimaksudkan tu contoh, konsep pengurusan sampah, konsep pembentungan, konsep kebersihan, konsep pelancongan, konsep macam2 lagi...

    ReplyDelete
  3. kira macam saya nak buat mengenai landskap..konsep landskap or buat konsep mengenai cadangan landskap bagi perumahan tersebut..kena terangkan ker mengenai latar belakang perumahan tersebut atau terangkan mengenai jenis landskap yang akan dibuat??

    ReplyDelete
  4. Konsep landskap: terangkan apa itu konsep lanskap..kemudian apa itu lanskap utk perumahan...terangkan juga latar belakang perumahan dan lanskap yg hendak digunakan..

    ReplyDelete
  5. siap dah cik...nak email ker or sy hantar by hand??

    ReplyDelete