Sunday, December 27, 2009

keratan akhbar..oh..keratan akhbar



…aku baru sahaja habis berbincang dengan dr mazlan dan subri pasal permarkahan exam dan assignment pelajar..ada beberapa isu yang dibangkitkan..menarik jugak perbincangan itu..biarpun pada awalnya rasa frust sebab pagi tadi subri naik kuda tak ajak aku sekali..insyallah esok aku nak pegi naik kuda gak..

…aku jugak baru aje lepas marking skrip final student so rasa lapang sikit walaupun tesis aku masih belum sempurna sepenuhnya…buat kerja tesis ni memang bikin aku sasau.. tapi tak apa le dah hujung-hujung ni tumpang semangat masih ada..sekarang ni aku cuba tulis kat blog ni sekerap yang boleh biarpun dah lebih empat tahun aku menghadap pc setiap hari..jemu memang jemu tapi pikirkan budak-budak praktikum ni..kalah jugak rasanya..

…now let we start..

…sementara kamu semua menunggu tarikh lapor diri tiba..elok sekarang buat “paper cutting” ataupun kumpul keratan akhbar berkenaan dengan masalah-masalah yang melibatkan PBT atau mana-mana organisasi yang akan menerima anda. Banyak akhbar menyiarkan masalah yang menyebabkan pengurusan ataupun operasi organisasi terganggu…bagi menyenangkan kamu semua..buat keratan akhbar atas apa sahaja isu yang timbul..kat sini saya berikan beberapa contoh..

…Isu cukai..isu sampah..etc.

cukai

gagal bayar cukai

sampah

..ok kat sini saya tunjukkan beberapa contoh keratan akhbar yang anda perlu buat..anda semua mesti KENA BUAT..ini penting kerana semua bahan ini akan boleh dijadikan sebagai ULASAN KARYA..bagi penyediaan laporan anda nanti..keratan berita seumpama ini tidak hanya bergantung kepada akhbar sahaja..anda boleh dapatkan dari majalah, jurnal, buku, laporan dan sebagainya..yang penting semuanya bersumberkan kepada sesebuah penerbitan…jangan lupa catatkan tajuk, sumber, tarikh berita itu disiarkan dan di mana tempat berita itu disiarkan…buat beberapa catatan seperti gariskan beberapa perkara yang menarik macam saya buat tu..

…pada peringkat ini jangan panik..hanya buat keratan akhbar..tujuannya supaya kita mula terdedah kepada beberapa masalah yang melibatkan pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah atau mana-mana organisasi kita ditempatkan…so IDEA kat sini buat keratan akhbar berkenaan apa-apa isu yang membabitkan mana-mana organisasi tempat kita berpraktikum..contoh, kumpul masalah yang melibatkan Pejabat Tanah dari seluruh negara…berapa? itu soalan yang biasa kamu akan tanya..carilah sebanyak yang mungkin..50 masalah..100 masalah..lagi banyak lagi bagus..

…lepas dah kumpul isu-isu tersebut..susunkan mengikut) i. jenis masalah; ii.tempat; iii. masa (th,bulan); iv. catatan lain.

..Ok just do it! ..cukup dulu sampai sini..jangan lupa simpan dalam satu fail..

..thanks..salam jumpa lagi.

p/s mana korang punya “perancangan praktikum?”

No comments:

Post a Comment