Lebih 10 tahun dalam dunia pendidikan sebagai tutor dan pensyarah, banyak kali saya berhadapan dengan pertanyaan dari pelajar mengenai sesuatu persoalan. Kadang kala terasa letih kerana terpaksa mengulanginya semula untuk beberapa kali. Namun, hal ini bukanlah satu yang pelik sebab pelajar sentiasa bertukar sedangkan pensyarah masih orang yang sama. Justeru, dengan kewujudan kemudahan seperti ini, saya fikir lebih baik semua pertanyaan tersebut dicatatkan disini. Pelajar boleh melihat persoalan-persoalan yang pernah dibangkitkan oleh mereka yang terdahulu. Biarpun ruang ini bukanlah medium yang utama untuk "perundingan" pensyarah dan pelajar, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan karenah birokrasi dunia pendidikan di universiti.
Pengalaman banyak mendidik saya untuk sentiasa menjadi yang terbaik. Dulu tidak ada email, blog, portal, laman web, jauh sekali sms, kini sebaliknya telah berlaku. Perkembangan teknologi mengubah segalanya. Kini nota pensyarah dapat diperoleh dengan memuat turun dari portal pelajar, maklumat dapat dihantar menerusi email, kuliah dikendalikan dengan power point presentation, dan sebagainya. Biarpun perubahan ini kadang kala "menyusahkan" tetapi saya terpaksa akur dengan kehendak majoriti. Nak buat macam mana dunia berubah. Jadi sebagai satu manifestasi kepada perubahan teknologi pendidikan saya cuba usahakan blog ini supaya dapat dimanafaatkan oleh mereka yang bermaksud baik.
No comments:
Post a Comment