Monday, December 28, 2009

Jawapan pertanyaan anda…

…Ok saya sudah kembali bertugas..terlalu banyak soalan yang perlu saya jawab..rasa-rasanya tak larat nak balas sms dari kamu semua..apa-apapun saya gembira kerana anda semua bersemangat untuk meneruskan praktikum..

…sekarang sudah masuk ke minggu kedua praktikum..macam-macam soalan diajukan kepada saya..pasal work plan, status penyeliaan, tajuk apa, etc…ok saya akan cuba jelaskan satu-satu..buat masa nie…

a. kalau ada work plan itu lebih baik coz kita tahu nak buat apa pada setiap hari dan minggu sehingga ke garisan penamat.

b. kalau ada paper cutting itu juga baik supaya kita ada ulasan karya untuk kajian yang hendak dibuat.

..saya tak nafikan ada sesetengah dari kamu yang memang dah ready untuk praktikum ini..tapi ada juga sesetengah dari kamu macam rusa sesat..tak tahu nak buat apa..

..buat masa ni (minggu kedua)..jangan terlalu mendesak diri untuk mula melangkah dengan secara tergesa-gesa memilih tajuk tugasan..lebih elok kamu semua mengumpul bahan dan mula menulis latar belakang organisasi..siapkan dulu bahagian tu..pada sesiapa yang dah ada tajuk atau permasalahan kajian simpan dulu..jangan cepat sangat buat keputusan untuk pilih tajuk itu..saya tengok sesetengah tajuk yang dicadangkan itu macam tajuk masters atau phd..kita hanya nak buat laporan praktikum bukan tesis..tapi taklah bermakna kita buat lebih kurang aje..

…ok untuk minggu ini jalani praktikum seperti biasa..saya akan cuba membalas email kamu semua secepat yang mungkin..janganlah sms banyak-banyak..yang penting2 ok le..tak larat juga saya nak balas..InsyaAllah minggu depan saya akan on yahoo massenger coz minggu ni saya perlu siapkan satu tugasan untuk dihantar pada jumaat ni..so rasanya tak sempat nak on kan ym tu…

Ok..salam jumpa lagi…

No comments:

Post a Comment