..hari ni bermula kuliah untuk semester kedua 2009/2010 (A092). Pagi tadi kuliah GMJG3253 Intergriti Awam dalam Urustadbir Negara telah bermula. Yang datang 16 orang dari 100 lebih pelajar. Awal-awal lagi dah menunjukan tak ada intergriti. lama sangat cuti jadi macam tu le. lemak dah tepu so badan jadi berat. tiada tiket bas untuk pulang ke sintok merupakan alasan standard.
kelas sosiologi pembangunan jam 2 petang macam tu jugak..lagi teruk yang datang tak sampai 10 orang dari 78..alasan salah baca notis. tak apa saya bagi peluang..lepas ni tahu le nasib sapa yang segan nak datang kelas.
dinasihatkan pelajar mengambil tahu kalendar akademik bila kelas bermula, cuti, dan sebagainya semuanya boleh didownload dalam portal HEA.
Monday, December 28, 2009
yang tenggelam dan yang timbul
…dah masuk bulan kedua anda berpraktikum..so ada yang ok dan ada yang sebaliknya..memang ini perkara yang biasa berlaku sejak dari dulu lagi..bagi yang perihatin dengan gred praktikum diaorang ni sibuk menghantar email..saban hari saya perlu respond kepada mereka..memang agak memenatkan tambah dengan kehadiran student baru..tapi saya gembira coz diorang ni memang bersungguh-sungguh..ingatan saya teruskan praktikum anda dengan bernafsu besar untuk melapah pengalaman dan mengunyah cabaran…moga berdiri pelajar A yang tegap…
…namun macam biasa ada gak sesetengah dari kamu yang sampai sekarang tak tau khabar berita..hidup atau mati…saya sendiripun tak ada idea..kepada mereka ini saya doakan cepat-cepat le bangkit dari lena tu..kawan-kawan dah sampai ke muara untuk ke laut dalam..yang kamu masih lena ni apa hal..jangan lembik..nak jadi pelajar A tak boleh lembik…
…ok sekarang berbalik kepada praktikum..ada yang dah hantar proposal..ok anda boleh teruskan dengan proposal masing-masing..tapi saya ingatkan juga kat sini janganlah terlalu bernafsu dengan tajuk yang hebat-hebat..yang penting anda tahu apa yang anda nak buat..saya tahu ramai yang keliru dengan apa yang sebenarnya hendak dicari..susah gak saya dibuatnya..tapi saya yakin kamu yang menjalani praktium tahu apa yang sebenarnya boleh ditulis…
..So fikir baik-baik dan buat keputusan apa sebenarnya yang boleh dan hendak dikaji di tempat praktikum anda..tak payahlah buat tajuk yang besar-besar..bukan tajuk penentu markah tetapi bagaimana cara kamu semua siapkan laporan itu yang lebih penting..selalu tengok langkah-langkah yang perlu diambil untuk siapkan laporan itu nanti…
..kat sini saya cadangkan beberapa tajuk yang mungkin sesuai untuk mencetuskan idea kepada anda semua…
1. Pengurusan sampah di bandar X: Kajian di Majlis Bandaran X
2. Pengurusan tanah di daerah X: Kajian di Pejabat Daerah X
3. Pengurusan pejabat di Majlis Daerah/Pejabat Tanah/pejabat X
4. Perlaksanaan X (apa-apa program, dasar, polisi etc) di Pejabat Daerah/Majlis Daerah/Pejabat X
5. Proses perancangan pembangunan di pejabat X
6. Langkah-langkah mengatasi masalah X di daerah X: kajian di Pejabat Daerah/Majlis Daerah/Pejabat X
7. Projek X dan kesannya kepada peningkatan X (pendapatan, prestasi, produktiviti, etc): kajian di pejabat X
9. Pengurusan sumber kewangan di Pejabat X: Kajian khusus tentang proses pengutipan cukai di daerah X
10. Pengurusan sumber manusia di Pejabat X: Kajian khusus tentang kebajikan pekerja
11. Pengurusan modal di Pejabat X: Kajian khusus tentang X
12. Fenomena X di Pejabat X: Langkah-langkah penyelesaian.
13. Fenomena X dan kesannya kepada X (produktiviti, prestasi, etc) di organisasi X.
….anda cuba fikirkan X itu apa…..sesuaikan dengan situasi dan keadaan di tempat anda berpraktikum..harap2 lepas ni anda semua akan ada idea dan cepat-cepat confirmkan tajuk dengan saya..
Ok, salam jumpa lagi.
kerangka teoritikal dan ulasan karya
..ok saya banyak menerima pertanyaan tentang kerangka teoritikal dan ulasan karya (chapter 2)..persoalannya bagaimanakah rupa paras kedua-dua perkara tersebut.
..dalam menyiapkan laporan praktikum ni kedua-dua perkara ini diperlukan bagi memandu ke arah menyempurnakan laporan praktikum saudara saudari..saya tidaklah mengharapkan laporan praktikum saudara saudari bertaraf phd atau masters..tetapi biarlah laporan itu senonoh dan bertatatertib..
..dulu kalau ingat saya meminta saudara saudari membuat keratan akhbar, majalah dan sebagainya..gunanya adalah untuk dijadikan bahan dalam laporan praktikum. bahan-bahan tersebut boleh digunakan dalam bahagian permasalahan kajian, kerangka teoritikal dan ulasan karya.
..bagi menyiapkan laporan anda perlu bermula dengan membuat ulasan karya tentang “masalah” yang anda ingin bincangkan. lupakan dulu pasal tajuk laporan praktikum anda (kita bermula dengan cara induktif-sebab anda tak pernah tahupun masalah yang ada kat situ). kenalpasti masalah apa atau perkara apa yang menarik hendak dibincangkan. selepas itu anda perlahan-lahan membuat kajian mencari kes-kes yang serupa dengan masalh yang anda hendak kaji. dunia yang ada pada hari ini bukanlah terjadi pada hari semalam, minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas…dunia pada hari ini sudah wujud sejak ratusan tahun yang lalu. industri percetakan telahpun bermula sejak 500 tahun lampau..dan sekarang dengan revolusi maklumat di mana internet menjadi sebahagian alat komunikasi manusia..seharusnya masalah mendapatkan maklumat bukan lagi satu tugas yang sukar…
..oleh itu anda perlu kaji dan buat penyelidikan tentang masalah yang hendak dikaji..selepas anda buat kajian tentang masalah tersebut..anda perlu kenalpasti apakah elemen-elemen yang mempengaruhi kepada wujudnya masalah tersebut. tentunya satu kerja keras diperlukan bagi mendapatkan elemen-lemen yang menyumbang kepada masalah tersebut.
…sekarang saya berikan satu contoh berdasarkan kepada satu cadangan laporan oleh kawan saudara saudari…
…Mohd Shahidie Bin Mohd Ghazali kawan anda bercadang nak buat laporan tentang “pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan di bandar Taiping”
…apa yang perlu beliau lakukan ialah:
1. Dalam permasalahan kajian – beliau mesti nyatakan apakah perkara yang menyebabkan/mendorong beliau melakukan kajian tentang pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan di bandar Taiping? – apakah dunia sekarang sangat perihatin kepada bangunan warisan? saudara shahidie perlu memberikan contoh-contoh kes, kenyataan, peristiwa yang menunjukkan bahawa di seluruh dunia (termasuk Malaysia-jika ada) sedang berusaha memulihara bangunan warisan. sebagai contoh..UNESCO sedang berusaha memulihara dan memelihara bangunan warisan di seluruh dunia (Berita Harian, 2009). ataupun..kerajaan Malaysia menerusi kementerian tertentu sentiasa berusaha menggekalkan bangunan warisan sebagai sebahagian dari sejarah negara (Berita Harian, 2009). ….. Berhubung dengan kenyataan di atas, Taiping sebagai salah sebuah bandar tertua di Malaysia merupakan antara bandar yang paling banyak mempunyai bangunan warisan. Persoalannya, sejauhmanakah usaha pihak berkuasa tempatan (MPT) dalam memelihara dan memulihara bangunan warisan di bandar Taiping.
2. Dalam Objektif kajian- shahidie perlu nyatakan objektif kajian beliau berdasarkan kepada permasalahan di atas. Dalam permasalahan kajian yang dinyatakan di atas..shahidie cuba mengkaji usaha-usaha yang dilakukan oleh MPT…oleh itu beliau akan membuat objektif yang dapat memberi jawapan kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh MPT…misalnya. objektif pertama: mengkaji usaha MPT memulihara bangunan warisan; kedua: mengkaji usaha MPT memelihara bangunan warisan; ketiga: mengkaji proses penyelenggaraan bangunan warisan oleh MPT (INI SEBAGAI CONTOH).- objektif ini SEHARUSNYA diperoleh dari ulasan karya yang saudara saudari buat (sekejap lagi kita bincang dalam topik ulasan karya).
3. Kerangka Teoritikal – saya permudahkan bahagian ini kerana praktikum ini bukanlah setaraf kajian ilmiah yang lebih tinggi. Pada umumnya kerangka teoritikal perlu menyentuh perkara seperti konsep yang digunakan, ulasan kajian lepas, kutipan data dan kaedah analisis yang digunakan…Ok berbalik kepada kajian oleh shahidie-dalam kerangka teoritikal beliau harus mendapatkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh orang terdahulu tentang proses pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan seberapa banyak yang mungkin. Ini penting kerana dengan berpandukan kepada kajian tersebut akan memudahkan beliau mengendalikan kajian di Taiping….seperti yang saya nyatakan pada awal tadi..kajian mengenai pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan bukanlah hanya bermula semalam tetapi telah banyak dilakukan di seluruh dunia..oleh yang demikian, saudara shahidie perlu lihat semua ini…saya andaikan saudara shahidie sudahpun mendapatkan kajian-kajian lepas tentang tajuk praktikum yang dipilih…katakan beliau mendapat 20 kajian lepas mengenai usaha pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan…sekarang apa yang perlu dilakukan oleh shahidie ialah:
a. kenalpasti apakah konsep atau definisi yang digunakan (dalam kes ini definisi dan konsep pemuliharaan, pemeliharaan dan bangunan warisan)
b. kenalpasti apakah elemen-elemen yang ada dalam konsep pemuliharaan, pemeliharaan dan bangunan warisan (ini akan digunakan untuk bab 3 -analisis kes kajian)
c. kenalpasti bagaimana mereka mengendalikan kajian (ini akan digunakan untuk bahagian methodologi)
d. kenalpasti kaedah analisis yang digunakan (oleh kerana praktikum ini agak terhad dari segi masa dan kepakaran, saya cadangkan analisis dibuat secara bertema iaitu berpandukan kepada perkara-perkara yang terdapat dalam (b.) di atas. (ini akan digunakan untuk bab 3).
…so dalam bahagian kerangka teoritikal ini saudara shahidie hanya perlu ringkaskan TEORI (jika ada), dan KONSEP (dlm kes ini ialah pemuliharaan dan pemeliharaan) sahaja. Lain-lain perkara akan dimasukan dlm Ulasan Karya (chapter 2).
4. Ulasan karya- Dalam bahagian ini apa yang dinyatakan dalam kerangka teoritikal perlu dihuraikan dengan lebih mendalam dan panjang lebar di bab 2 (ulasan karya). jika dalam bahagian kerangka teoritikal (dalam bab 1 Pengenalan) hal-hal seperti konsep dan teori dibincangkan secara ringkas tetapi dalam bab ini perkara a, b, c, dan d di atas perlu dibincangkan secara panjang lebar. Dari sini kita juga akan mendapat objektif kajian berdasarkan kepada objektif-objektif kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu (ingat kepada 20 kajian lepas). saya cadangkan pilih 3 atau 4 sahaja objektif kajian sahaja.
5. Analisis kajian- analisis kajian saya cadangkan dibuat secara bertema iaitu berdasarkan kepada apakah perkara yang diperoleh dari kerangka teoritikal. SEHARUSNYA kerangka teoritikal yang digunakan itu selari dengan objektif kajian..Ini kerana bahagian analisis kajian ini akan beroperasi untuk menjawab objektif yang telah kita tetapkan (hasil dari ulasan karya ke atas 20 kajian lepas)…Dalam kes shahidie ini, Analisis Kes Kajian beliau ialah- Proses Pemuliharaan dan Pemeliharaan Bangunan Warisan di Taiping…jadi berdasarkan kepada kerangka teoritikal dan konsep yang digunakan beliau akan membincangkan proses pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan warisan di Taiping.
6. Bahagian rumusan implikasi- saya rasa anda semua tidak mempunyai masalah besar di sini.
….saya harapkan anda semua dapat membayangkan bagaimana rupa paras laporan praktikum saudara saudari..benar agak susah nak cantumkan antara teoritikal dan data empirikal (kajian kes) bagi menyiapkan laporan anda..tetapi anda harus berusaha..saya cadangkan anda tulis dulu semuanya..saya akan bantu membetulkannya walaupun agak lambat..sekarang terdapat empat lima orang yang sudah menghantar draf kepada saya..dan bagi saya itu lebih mudah untuk saya betulkan…so saya harap semua orang sudah mulakan penulisan..tulis dulu apa yang ada jangan tunggu lama-lama…
…ok good luck.
Jawapan pertanyaan anda…
…Ok saya sudah kembali bertugas..terlalu banyak soalan yang perlu saya jawab..rasa-rasanya tak larat nak balas sms dari kamu semua..apa-apapun saya gembira kerana anda semua bersemangat untuk meneruskan praktikum..
…sekarang sudah masuk ke minggu kedua praktikum..macam-macam soalan diajukan kepada saya..pasal work plan, status penyeliaan, tajuk apa, etc…ok saya akan cuba jelaskan satu-satu..buat masa nie…
a. kalau ada work plan itu lebih baik coz kita tahu nak buat apa pada setiap hari dan minggu sehingga ke garisan penamat.
b. kalau ada paper cutting itu juga baik supaya kita ada ulasan karya untuk kajian yang hendak dibuat.
..saya tak nafikan ada sesetengah dari kamu yang memang dah ready untuk praktikum ini..tapi ada juga sesetengah dari kamu macam rusa sesat..tak tahu nak buat apa..
..buat masa ni (minggu kedua)..jangan terlalu mendesak diri untuk mula melangkah dengan secara tergesa-gesa memilih tajuk tugasan..lebih elok kamu semua mengumpul bahan dan mula menulis latar belakang organisasi..siapkan dulu bahagian tu..pada sesiapa yang dah ada tajuk atau permasalahan kajian simpan dulu..jangan cepat sangat buat keputusan untuk pilih tajuk itu..saya tengok sesetengah tajuk yang dicadangkan itu macam tajuk masters atau phd..kita hanya nak buat laporan praktikum bukan tesis..tapi taklah bermakna kita buat lebih kurang aje..
…ok untuk minggu ini jalani praktikum seperti biasa..saya akan cuba membalas email kamu semua secepat yang mungkin..janganlah sms banyak-banyak..yang penting2 ok le..tak larat juga saya nak balas..InsyaAllah minggu depan saya akan on yahoo massenger coz minggu ni saya perlu siapkan satu tugasan untuk dihantar pada jumaat ni..so rasanya tak sempat nak on kan ym tu…
Ok..salam jumpa lagi…
…sekarang sudah masuk ke minggu kedua praktikum..macam-macam soalan diajukan kepada saya..pasal work plan, status penyeliaan, tajuk apa, etc…ok saya akan cuba jelaskan satu-satu..buat masa nie…
a. kalau ada work plan itu lebih baik coz kita tahu nak buat apa pada setiap hari dan minggu sehingga ke garisan penamat.
b. kalau ada paper cutting itu juga baik supaya kita ada ulasan karya untuk kajian yang hendak dibuat.
..saya tak nafikan ada sesetengah dari kamu yang memang dah ready untuk praktikum ini..tapi ada juga sesetengah dari kamu macam rusa sesat..tak tahu nak buat apa..
..buat masa ni (minggu kedua)..jangan terlalu mendesak diri untuk mula melangkah dengan secara tergesa-gesa memilih tajuk tugasan..lebih elok kamu semua mengumpul bahan dan mula menulis latar belakang organisasi..siapkan dulu bahagian tu..pada sesiapa yang dah ada tajuk atau permasalahan kajian simpan dulu..jangan cepat sangat buat keputusan untuk pilih tajuk itu..saya tengok sesetengah tajuk yang dicadangkan itu macam tajuk masters atau phd..kita hanya nak buat laporan praktikum bukan tesis..tapi taklah bermakna kita buat lebih kurang aje..
…ok untuk minggu ini jalani praktikum seperti biasa..saya akan cuba membalas email kamu semua secepat yang mungkin..janganlah sms banyak-banyak..yang penting2 ok le..tak larat juga saya nak balas..InsyaAllah minggu depan saya akan on yahoo massenger coz minggu ni saya perlu siapkan satu tugasan untuk dihantar pada jumaat ni..so rasanya tak sempat nak on kan ym tu…
Ok..salam jumpa lagi…
Tajuk Penyelidikan Praktikum Anda
…Ok saya banyak sangat menerima soalan berkaitan dengan tajuk yang perlu dipilih…ok sebelum tu kepada anda semua kalau nak tanya soalan panjang-panjang tu email aje kat saya..dah tak larat nak jawab sms ni..
…sekarang saya rasa ada sebahagian dari kamu yang memang dah tak sabar nak menulis laporan…tapi saya nak tanya, penulisan bahagian latar belakang organisasi tu dah buat ke?…
…saya nak terangkan apakah langkah-langkah yang perlu kita buat secara ringkas sebelum kita berjaya siapkan laporan praktikum itu nanti.
..dulu saya suruh buat keratan akhbar berkenaan dengan masalah2 yang difikirkan mempunyai kaitan dengan tempat kerja kita..tujuannya ialah kita nak meninjau kalau-kalau masalah yang disiarkan itu ada mempunyai kaitan dengan tempat kita berpraktikum…
…bila kita dah ada senarai masalah-masalah tu so mudah untuk kita pilih masalah mana yang sesuai dengan tempat praktikum kita..
…bila dah kenal pasti masalah..maka kita bina persoalan kajian..persoalan kajian secara ringkasnya ialah masalah apa yang sedang melanda di organisasi tempat kita berpraktikum…dan menyebabkan kita nak buat laporan berkenaan dengan masalah tersebut. contoh:
…..kita pilih masalah pengurusan sampah di satu kawasan dibawah penyeliaan sebuah majlis pihak berkuasa tempatan A…so persoalan kajian kita akan berbunyi seperti ini…keberkesanan sistem pengurusan sampah di kawasan pihak berkuasa tempatan A..
…Jadi kamu perlu kenal pasti dengan mendefinisikan perkataan keberkesanan..apa yang dikatakan keberkesanan itu?…kemudian, apakah yang difahami dengan sistem pengurusan sampah itu..?
…untuk tahu apa itu keberkesanan, apa itu sistem pengurusan sampah..maka ulasan karya ataupun keratan akhbar itu akan membantu menjelaskan kepada anda..ringkasnya apakah ukuran kepada keberkesanan itu? ketepatan masa? kecekapan pekerja menjalankan tugas? peralatan yang baik?..jadi semua ini anda akan dapat menerusi ulasan karya..
…begitu juga dengan sistem pengurusan sampah..apa ukuran kepada sistem pengurusan sampan itu? apa itu sistem?..apa itu pengurusan?
…Ok baik mulai sekarang anda perlu pilih SATU MASALAH yang anda jumpa atau pada fikiran anda wujud di mana tempat anda berpraktikum..harap kepada sesiapa yang masih belum ada masalah sila cari satu masalah dan email kepada saya…jangan sms saya dah tak larat nak jawab..
..satu lagi bila kamu semua menulis email..mohon jangan tulis kependekan misalnya perkataan dengan jadi dgn..pembuatan jadi pmbtn…fuh pening saya dengan kependekan seperti itu..akibatnya saya kena baca berulang kali..bila baca berulang kali kamu tau ajelah…kamu ada 20 orang semuanya..so kalau seorang 1 minit saya kena habiskan masa 20 minit baca sahaja..itu belum jawab dan fikirkan jawapannya sekali…
ok..tq..tugas anda cari masalah dan emailkan kat saya..zaherothman@ymail.com
Sunday, December 27, 2009
keratan akhbar..oh..keratan akhbar
…aku baru sahaja habis berbincang dengan dr mazlan dan subri pasal permarkahan exam dan assignment pelajar..ada beberapa isu yang dibangkitkan..menarik jugak perbincangan itu..biarpun pada awalnya rasa frust sebab pagi tadi subri naik kuda tak ajak aku sekali..insyallah esok aku nak pegi naik kuda gak..
…aku jugak baru aje lepas marking skrip final student so rasa lapang sikit walaupun tesis aku masih belum sempurna sepenuhnya…buat kerja tesis ni memang bikin aku sasau.. tapi tak apa le dah hujung-hujung ni tumpang semangat masih ada..sekarang ni aku cuba tulis kat blog ni sekerap yang boleh biarpun dah lebih empat tahun aku menghadap pc setiap hari..jemu memang jemu tapi pikirkan budak-budak praktikum ni..kalah jugak rasanya..
…now let we start..
…sementara kamu semua menunggu tarikh lapor diri tiba..elok sekarang buat “paper cutting” ataupun kumpul keratan akhbar berkenaan dengan masalah-masalah yang melibatkan PBT atau mana-mana organisasi yang akan menerima anda. Banyak akhbar menyiarkan masalah yang menyebabkan pengurusan ataupun operasi organisasi terganggu…bagi menyenangkan kamu semua..buat keratan akhbar atas apa sahaja isu yang timbul..kat sini saya berikan beberapa contoh..
…Isu cukai..isu sampah..etc.
cukai
gagal bayar cukai
sampah
..ok kat sini saya tunjukkan beberapa contoh keratan akhbar yang anda perlu buat..anda semua mesti KENA BUAT..ini penting kerana semua bahan ini akan boleh dijadikan sebagai ULASAN KARYA..bagi penyediaan laporan anda nanti..keratan berita seumpama ini tidak hanya bergantung kepada akhbar sahaja..anda boleh dapatkan dari majalah, jurnal, buku, laporan dan sebagainya..yang penting semuanya bersumberkan kepada sesebuah penerbitan…jangan lupa catatkan tajuk, sumber, tarikh berita itu disiarkan dan di mana tempat berita itu disiarkan…buat beberapa catatan seperti gariskan beberapa perkara yang menarik macam saya buat tu..
…pada peringkat ini jangan panik..hanya buat keratan akhbar..tujuannya supaya kita mula terdedah kepada beberapa masalah yang melibatkan pihak berkuasa tempatan, pejabat tanah atau mana-mana organisasi kita ditempatkan…so IDEA kat sini buat keratan akhbar berkenaan apa-apa isu yang membabitkan mana-mana organisasi tempat kita berpraktikum..contoh, kumpul masalah yang melibatkan Pejabat Tanah dari seluruh negara…berapa? itu soalan yang biasa kamu akan tanya..carilah sebanyak yang mungkin..50 masalah..100 masalah..lagi banyak lagi bagus..
…lepas dah kumpul isu-isu tersebut..susunkan mengikut) i. jenis masalah; ii.tempat; iii. masa (th,bulan); iv. catatan lain.
..Ok just do it! ..cukup dulu sampai sini..jangan lupa simpan dalam satu fail..
..thanks..salam jumpa lagi.
p/s mana korang punya “perancangan praktikum?”
Penghijrahan Nota Praktikum
Beberapa nota praktikum yang dulunya pernah diposkan dalam blog praktikum.
work plan
…hanya lebih kurang tujuh hari lagi untuk melapor diri..saya harap kamu semua dah semakin bersedia…
…saya masih menunggu work plan (rancangan kerja) dari anda semua..mungkin ada yang masih kelabu lagi pasal work plan ni..so saya letakan contoh work plan kat sini..
rancangan kerja..work plan ni macam janji kamu le..tapi tak bermakna anda tak boleh ubah perancangan yang telah dibuat..tapi dengan work plan ni saya harap kamu semua akan sentiasa alert dengan masa dan tugas..
..kalau anda semua ingat, work plan ni macam time table masa kat sekolah atau di kampus dulu..pagi buat apa..kul berapa..tengah hari buat apa..malam buat apa..so ada plan dalam hidup ni..semuanya ditulis sebagai panduan..so hidup kita ni ada plan dan tujuan..tak adelah macam sesetengah benda tu tak ada plan langsung..
..apapun plan ni hanya plan sahaja dan tak statik..kamu boleh ubah suai mengikut keadaan..yang lebih penting matlamat praktikum tercapai..laporan mesti ada..
..sesiapa dah siap boleh hantar melalui email..
ok..salam jumpe lagi..insyaallah mulai 1 jun saya akan “on”kan yahoo messenger..thanks
p/s sesiapa hantar email tu..dalam email tu tulis le nama penuh..kadang-kadang saya tersilap orang..
work plan
…hanya lebih kurang tujuh hari lagi untuk melapor diri..saya harap kamu semua dah semakin bersedia…
…saya masih menunggu work plan (rancangan kerja) dari anda semua..mungkin ada yang masih kelabu lagi pasal work plan ni..so saya letakan contoh work plan kat sini..
rancangan kerja..work plan ni macam janji kamu le..tapi tak bermakna anda tak boleh ubah perancangan yang telah dibuat..tapi dengan work plan ni saya harap kamu semua akan sentiasa alert dengan masa dan tugas..
..kalau anda semua ingat, work plan ni macam time table masa kat sekolah atau di kampus dulu..pagi buat apa..kul berapa..tengah hari buat apa..malam buat apa..so ada plan dalam hidup ni..semuanya ditulis sebagai panduan..so hidup kita ni ada plan dan tujuan..tak adelah macam sesetengah benda tu tak ada plan langsung..
..apapun plan ni hanya plan sahaja dan tak statik..kamu boleh ubah suai mengikut keadaan..yang lebih penting matlamat praktikum tercapai..laporan mesti ada..
..sesiapa dah siap boleh hantar melalui email..
ok..salam jumpe lagi..insyaallah mulai 1 jun saya akan “on”kan yahoo messenger..thanks
p/s sesiapa hantar email tu..dalam email tu tulis le nama penuh..kadang-kadang saya tersilap orang..
Berkongsi Cerita
Lebih 10 tahun dalam dunia pendidikan sebagai tutor dan pensyarah, banyak kali saya berhadapan dengan pertanyaan dari pelajar mengenai sesuatu persoalan. Kadang kala terasa letih kerana terpaksa mengulanginya semula untuk beberapa kali. Namun, hal ini bukanlah satu yang pelik sebab pelajar sentiasa bertukar sedangkan pensyarah masih orang yang sama. Justeru, dengan kewujudan kemudahan seperti ini, saya fikir lebih baik semua pertanyaan tersebut dicatatkan disini. Pelajar boleh melihat persoalan-persoalan yang pernah dibangkitkan oleh mereka yang terdahulu. Biarpun ruang ini bukanlah medium yang utama untuk "perundingan" pensyarah dan pelajar, tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan karenah birokrasi dunia pendidikan di universiti.
Pengalaman banyak mendidik saya untuk sentiasa menjadi yang terbaik. Dulu tidak ada email, blog, portal, laman web, jauh sekali sms, kini sebaliknya telah berlaku. Perkembangan teknologi mengubah segalanya. Kini nota pensyarah dapat diperoleh dengan memuat turun dari portal pelajar, maklumat dapat dihantar menerusi email, kuliah dikendalikan dengan power point presentation, dan sebagainya. Biarpun perubahan ini kadang kala "menyusahkan" tetapi saya terpaksa akur dengan kehendak majoriti. Nak buat macam mana dunia berubah. Jadi sebagai satu manifestasi kepada perubahan teknologi pendidikan saya cuba usahakan blog ini supaya dapat dimanafaatkan oleh mereka yang bermaksud baik.
Pengalaman banyak mendidik saya untuk sentiasa menjadi yang terbaik. Dulu tidak ada email, blog, portal, laman web, jauh sekali sms, kini sebaliknya telah berlaku. Perkembangan teknologi mengubah segalanya. Kini nota pensyarah dapat diperoleh dengan memuat turun dari portal pelajar, maklumat dapat dihantar menerusi email, kuliah dikendalikan dengan power point presentation, dan sebagainya. Biarpun perubahan ini kadang kala "menyusahkan" tetapi saya terpaksa akur dengan kehendak majoriti. Nak buat macam mana dunia berubah. Jadi sebagai satu manifestasi kepada perubahan teknologi pendidikan saya cuba usahakan blog ini supaya dapat dimanafaatkan oleh mereka yang bermaksud baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)