Monday, December 28, 2009

Tajuk Penyelidikan Praktikum Anda



…Ok saya banyak sangat menerima soalan berkaitan dengan tajuk yang perlu dipilih…ok sebelum tu kepada anda semua kalau nak tanya soalan panjang-panjang tu email aje kat saya..dah tak larat nak jawab sms ni..

…sekarang saya rasa ada sebahagian dari kamu yang memang dah tak sabar nak menulis laporan…tapi saya nak tanya, penulisan bahagian latar belakang organisasi tu dah buat ke?…

…saya nak terangkan apakah langkah-langkah yang perlu kita buat secara ringkas sebelum kita berjaya siapkan laporan praktikum itu nanti.

..dulu saya suruh buat keratan akhbar berkenaan dengan masalah2 yang difikirkan mempunyai kaitan dengan tempat kerja kita..tujuannya ialah kita nak meninjau kalau-kalau masalah yang disiarkan itu ada mempunyai kaitan dengan tempat kita berpraktikum…

…bila kita dah ada senarai masalah-masalah tu so mudah untuk kita pilih masalah mana yang sesuai dengan tempat praktikum kita..

…bila dah kenal pasti masalah..maka kita bina persoalan kajian..persoalan kajian secara ringkasnya ialah masalah apa yang sedang melanda di organisasi tempat kita berpraktikum…dan menyebabkan kita nak buat laporan berkenaan dengan masalah tersebut. contoh:

…..kita pilih masalah pengurusan sampah di satu kawasan dibawah penyeliaan sebuah majlis pihak berkuasa tempatan A…so persoalan kajian kita akan berbunyi seperti ini…keberkesanan sistem pengurusan sampah di kawasan pihak berkuasa tempatan A..

…Jadi kamu perlu kenal pasti dengan mendefinisikan perkataan keberkesanan..apa yang dikatakan keberkesanan itu?…kemudian, apakah yang difahami dengan sistem pengurusan sampah itu..?

…untuk tahu apa itu keberkesanan, apa itu sistem pengurusan sampah..maka ulasan karya ataupun keratan akhbar itu akan membantu menjelaskan kepada anda..ringkasnya apakah ukuran kepada keberkesanan itu? ketepatan masa? kecekapan pekerja menjalankan tugas? peralatan yang baik?..jadi semua ini anda akan dapat menerusi ulasan karya..

…begitu juga dengan sistem pengurusan sampah..apa ukuran kepada sistem pengurusan sampan itu? apa itu sistem?..apa itu pengurusan?

…Ok baik mulai sekarang anda perlu pilih SATU MASALAH yang anda jumpa atau pada fikiran anda wujud di mana tempat anda berpraktikum..harap kepada sesiapa yang masih belum ada masalah sila cari satu masalah dan email kepada saya…jangan sms saya dah tak larat nak jawab..

..satu lagi bila kamu semua menulis email..mohon jangan tulis kependekan misalnya perkataan dengan jadi dgn..pembuatan jadi pmbtn…fuh pening saya dengan kependekan seperti itu..akibatnya saya kena baca berulang kali..bila baca berulang kali kamu tau ajelah…kamu ada 20 orang semuanya..so kalau seorang 1 minit saya kena habiskan masa 20 minit baca sahaja..itu belum jawab dan fikirkan jawapannya sekali…

ok..tq..tugas anda cari masalah dan emailkan kat saya..zaherothman@ymail.com

No comments:

Post a Comment