Sunday, July 11, 2010

praktikum ke mana...

Apa khabar semua..pertama saya menghulurkan rasa simpati kat hidayat kerana masalah di tempat praktikum. Harap semua dah OK. Saya pun tak sangka bagaimana masalah macam tu boleh timbul. Saya tak ada kuasa dari segi penempatan pelajar. Tapi tak mengapa kuatkan semangat dan pastikan praktikum dapat diselesaikan.

Banyak info yang dah saya terima dari rakan-rakan anda tentang praktikum. Masing-masing ada cerita dan masalah. Apa yang saya bimbang ni terdapat rakan anda yang langsung tak tahu khabar berita. Yang ada ni pu hanya dua tiga kerat sahaja..yang selebihnya tak tahu ke mana. Apa dah siap ke?

Baiklah sekarang ni persoalan yang panas berkenaan dengan tajuk praktikum. Saya cadangkan elok kamu buat aje apa yang ada di depan mata. Tak payah nak buat tajuk yang hebat-hebat. Kalau yang paling senang tu hanya ceritakan apa yang majikan kamu buat. Maksudnya apa perniagaan atau 'core business' yang diaorang buat. Tak payah susah buat tajuk sendiri tapi bila sampai kat sana tak ada bahanpun mengenai hal itu.

Insyallah dalam masa terdekat ni saya akan berikan format untuk penulisan laporan. Tak banyak beza dengan yang lama. Tapi saya yakin ia tidak menyusahkan anda untuk menyiapkannya. Ok saya akan tulis lagi beberapa perkara. Buat masa ni saya agak sibuk dengan persediaan kelas yang baru aje bermula. Sebelum tu sesiapa yang access dengan blog ni rajin-rajinlah untuk beri komen tak kisahlah komen apa kat entry blog ni..bukan apa kadang-kadang tu saya perlukan komen dari anda untuk saya beri pendapat...

Salam, jumpa lagi.

6 comments:

  1. as'kum...saya nur izyani, sy minta maaf sebab tak dapat nak update selalu..tekder line internet...company saya 2 sekarang dalam proses perancangan landskap..saya ingin membuat laporan mengenai landskap ok tak en.zaher?

    ReplyDelete
  2. ok..buat dan hantar secepat mungkin..nanti boleh saya tengokkan...keep good job!

    ReplyDelete
  3. nak bagi saya tengok kena antar le..

    ReplyDelete
  4. salam encik.. alhamdulillah sy dah selamat praktikum kat mpkluang. sy lapor sini 12 julai aritu mean sebulan lepas la. sy ditempatkan di bahagian One stop center. so pasal laporan praktikum lak sy choose nak wat mengenai osc.. ok x encik?

    ReplyDelete